Monday, September 26, 2011

saya bukanlah sesempurna awak :(

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you (:

pada mulanya saya ingin memohon beribu serta berjuta juta kemaafan jika ada di antara anda yang terasa hati dengan entry saya ini, tetapi niat saya hanya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya beserta pihak lain. sekali lagi saya memohon kemaafan.

saya rasa perubahan sesuatu kearah kebaikan adalah amat baik sekali. saya tak nafikan malah saya juga menyokongnya, tetapi ingatlah keatas apa perubahan kita itu? adakah ikhlas kerana Allah SWT ataupon pihak lain? maksud saya atas dorongan orang lain.

yaa.memang dorongan orang lain itu tiada salahnya, masalahnya jangan lah kita berubah hanya disebabkan kita terlalu taksub dan tagihkan cinta seseorang itu. ianya umpama kita tidak ikhlas kepada Allah atas apa yang kita lakukan. bahkan kita lakukan semua itu hanyalah untuk menarik perhatian lelaki itu supaya mengatakan bahawa anda itu seorang perempuan yang muslimah. saya mengakui saya juga bukan lah seorang wanita yang baik dari setiap aspek, tetapi saya dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, saya teringat lagi kata kata ustaz saya, jika ada orang menegur kita, kita haruslah dengar apa yang disampaikan, jangan sesekali lihat orang itu tetapi dengarlah apa yang dikatakan itu walaupon orang itu bukanlah orang yang baik.

ustaz saya dengar cakap ustaz tu, tapi sampai satu tahap saya dah tak dapat nak tahan lagi. dia sering menegur kesalah orang lain sedangkan dia langsung tak pernah nampak salah dia. bahkan dia tak pernah untuk memperbaikinya. saya sedih sangat:( terlampau banyak perubahan yang berlaku, semuanya berlaku dengan pantas. saya tak kesah anda nak tegur siapa yang anda suka tapi anda cerminlah diri anda dulu sebelum berkata kata. tahukah anda terlalu ramai yang terguris dengan kata kata anda. tak kasihankah anda kepada kami?

*anda berubahlah dahulu sebelum anda berkata perihal keburukan orang lain.
*tolonglah  jangan berubah dan hanya disebabkan lelaki yang belum tentu halal untuk anda.
*ingatlah setiap percakapan kita melambangkan diri kita sendiri.
*kita hanya mampu merancang tetapi Allah dah takdirkan segalanya untuk kita.

saya sentiasa berdoa semoga anda dan diri saya sendiri yang kerdil ini sentiasa menjadi insan yang mendapat keredhaan Allah.
semoga saya dan anda semua berubah kerana ikhlas kepada Allah bukanlah disebabkan faktor lain.



saya memohon kemaafan buat kesekian kalinya di atas kepincangan bahasa saya ini.
maafkan saya kerana saya juga insan yang lemah yang meluahkan rasa yang lama terbuku hingga tidak mampu menahannya lagi. 
maafkan saya.

assalamualaikum






1 comment:

Anonymous said...

Sabar ye ;)