assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you :)
aku hanya boleh cakap aku redha dengan segalanya. memang susah nak terima hakikat tapi apakan daya aku harus tempuhinya. ya Allah tabahkanlah hati hamba mu ini ya Rab:(
aku tak tahu mengapa aku berperasaan seperti ini.entahla aku buntu dan keliru dalam mencari identiti diri sendiri.
aku tidak tahu apa yang aku mahukan,hatiku membuak buak untuk berperasaan begini,aku tak minta semua itu.alangkah bahagianya jikalau aku tidak berperasaan ini.sungguh aku benci perasaan ini.sayangnya aku manusia yang acap kali diuji.
benarlah kata orang bila usia menjangkau dewasa bermacam dugaan yang mendatang.
to the main point
aku sedih,cemburu,terkilan:(
i feel so down.really down.
kawan kawan aku semua boleh bergembira dengan buah hati masing masing. aku cemburu! semua balik menceritakan kebahagiaan mereka.aku tumpang gembira walaupun dalam hati aku merintih.
*mesti korang fikir aku nie desperate dengan lelaki kan? ape yang korang fikir takkan pernah sama dengan apa yang ada di benak hatiku,
tidak salahkan untuk mempunyai perasaan sebegitu kan? bukan kah itu lumrah?
ya.dan sekarang lumrah itu datang mengganggu fikiran dan perasaan aku.tidak aku pinta ia untuk hadir,kerana ia hanya akan membuatkan aku jadi celaru.kawan aku ada yang bakal bertunang tidak lama lagi.untunglah mereka.sekurangnya mereka mendapat restu kedua ibubapa mereka.untungla.
tetapi bagi aku.tidak pernah sama sekali untuk dapat peluang itu semua.sedangkan berkawan dengan lelaki pon sudah menjadi isu bagi keluargaku.sesungguhnya keluargaku amat menjaga setiap perhubungan anaknya.
sedangkan berkawan pon sudah di tegah inikan pula bertunang.
jadi janganlah seringkali bertanya aku mengapa aku masih belum berpunya,kerana berhubungan itu amat menakutkan aku.aku pegang kepada amanat ibuku.akan sentiasa tergenggam semat di hatiku.jadi biarlah aku memendam perasaan ini sehingga aku terdaya.aku doakan yang terbaik selalu.
mungkin ada hikmah disebaliknya.
assalamualaikum.
1 comment:
kamu ank dan shbt yg baik :)
Post a Comment