Wednesday, September 4, 2013

Fitrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur sangat sangat apa yang diharapkan selama ini sudah menjadi kenyataan.
tak tahu nak cakap macamana tapi seronok sangat. mohon sangat Allah SWT permudahkan semuanya.
satu benda yang saya pasti saya mengalami satu fitrah yang Allah SWT ciptakan untuk setiap hambanya, dan saya akui saya tak dapat nak elak atau lari mahupun sembunyi dari fitrah itu, mungkin saya masih muda unyuk melalui semua ini tetapi saya yakin disebalik semua ini pasti ada perancangannya.
21 tahun sudah cukup dewasa bagi saya untuk menentukan kehidupan sendiri, malah wujud dan timbul lah fitrah untuk mencintai dan dicintai, saling melengkapi antara satu sama lain, Allah SWT ciptakan kaum hawa untuk dipasangkan dengan kaum adam. Ianya fitrah untuk rasa mencintai sesama kita, tapi cinta yang suci adalah mencintai seseorang itu atas kerana Allah dan bagi mencari keredhaaNnya.
saya mohon jangan pernah ada salah anggap apabila umur seperti saya tidak layak bergelar isteri kerana umur bukanlah penghalang yang penting persediaan mental dan fizikal bagi menempuh bahtera alam rumahtangga.




1 comment:

zaza said...

Some part of my heart says that you're already engaged. Ermm...