Tuesday, June 28, 2011

jangan nak risau sangat ye:)

assalamulaikum kalian:)

entry nak lain pade orang saje kan?
padahal ape pon tidak.heehe *ape pon tak boleh. pinjam sat noh jambu.

haritu kan aku balik kampung dekat bagan serai:) kampung terbaik lohh!
kemain eksited aku dapat jumpa opah *nampak sangat tipu aku panggil ATOK lahh.hey, kesayangan saya taw!


okey okey.first sampai mestilah sembang tahap petala langit ketujuh dengan atok sampaikan atok pon tertido.
haha.atok saya pandai buat lawak lah. atok atok.then petang itu kami sekeluarga pergi membakar lalang yang sampai dah memanjang! rimaaaiihh ngat aihh.haha
perghh,syiiokk kot main bakaq bakaq nie.sumpah layan!! *awat hang keluaq dah bahasa hang nie!
yang lawak tuh api tu siap boleh sambaq pokok nyoq lagi.haha.kelam kabuit mak pi ambik ayaq nak selamatkan pokok nyoq tu lah kononya.haha.dah macam bomba ja.haha.mak lawak!
*sorry mummy:)

nama pon dah maghrib kan pakat pakat lari lah masuk rumah,atok cakap kalau waktu macamnie setan dok tengah merayau.scary mak nokss! hehe. atok atok tengok opi dia katup lampuuuu! jerit aku.
opii,awat hang dok kacau kakak hang, yessss,padan muka kene marah.

part paling best! nie sebenaqnya aku nak habaq mai.hehe
kami pi makan besaq kat bandaq baru! layannnn kot. kedai dia menarik bapak punya besaq cakap kat hang.decoration pon menarik! lima twinkle twinkle little stars lah aku bagi.haha
yang lawaknya kebetulan meja sebelah kami tuh opah dia pon pakai wheelcha! haha pakat gelak lah aku ngan adik aku sebab kebetlan pulak atok aku pon naik wheelcha *maaf atok tak sengaja nak gelak besaq,hehe atok tak marah kan:) cucu atok kan comey:))
orang sebelah siap boleh kata tu diaa ada geng lah mak dekat mak dia.hehe..

order kemain punya lama.mak aku memang susah nak decided nak makan apa.aku pulak jenis on ja.pelahapp kan! haha. tudiaa mak order ikan siakap masak pedas,tomyam,sayur campur,daging masak merah and etc. malaih ngat aih nak taip.hehe

dalam 20 minit tuptup makanan sampai.aku dari tak lapaq sangat teruih jadi lapaq,haha maklumlah kedai ramai orang. pe lagi.get set gooo! sedappp woo! tengah aku dok layan makanan dengan lahapnya tetiba aku rasa ada mata dok usha usha kat aku lah weyhh,*perasan mak nokkss! sungguh kot.ape lagi coverlah keayuaan anda kan kan? habis baik aku cover sampai jadi tak selesa.rimaus laahhh! aku ingat die dok tengok tv tapi aku silap die memang dok usha aku! haishh pe kejadah mamat nie. dan dan tak selera makan.*sila jangan percaya,haha
lahh.aku ingat aku je perasan rupaya adik aku lagi perasan sebab mamat tu dok dekat dia.haha.maluu ceqqq.

dalam kereta adik aku boleh pi habaq kat aku kata mamat tu dok usha hang kak.aku rasa die minat hang,die nak try hang tapi takut sebab mak ada,haha.adik aku pandai noh cakap lagutu.kak! hang taw tak dia nek kreta bmw kot! what da! rhugi aku.haha.seyezly mamat tu kacak.kalaulah mak aku takda time tu.line clearr kot!
haha getis sungguh aku.

*kak.aku risaulah tengok hang takda markah,risau ngat aih.
lol! jahat betol mulot adik aku.macam longkang nak dapat kaki.hehe.
-gurau jelaa.



alaa..relax lah kalau dah ade jodoh takkan kemana kan? relax dulu belajar bagi khatam semua:) 
kan kan kan?

comel tak anak aku? macam aku kan comel je:)
errr*sila jangan teperdaya!


atok:kakak takkan takda sapa yang berkenan kat kakak kat sana?
*terdiamm saja aku.no comment

assalamualaikum



Friday, June 24, 2011

teaser~

assalamualaikum kalian semua:)

seriously this is a short entry from me.
really sorry guys.

nahh,jangan lupa nantikan kemunculan tak seindah pelangi.
jangan lupa ye.hehe
ape yang tak?ape yang seindah?ape yang pelangi??
haa..no comment just tunggu okey readers sekalian:)
*getis betol lah kau nie buat suspen toi! benci noksss.


~TAK SEINDAH PELANGI~

to be continue....


TAK PERNAH BERLALU

Mungkin aku memang lemah
Mungkin aku tak pernah punyai lelah
Saat ku terdiam menangisi pergimu
Terus ku terpaku oleh harapan semu
Sepertinya… telah cukup banyak kutulis
Telah cukup dalam hati ini kuhiris
Agar bisa kucoba lagi cinta dari mula
Dengan ia yang mampu merasakannya
Namun cinta untukmu terus bertahan
Di sekeping sisa hati ini pun cinta untukmu kurasakan
Kerinduan hadirmu tak pernah bisa hilang
Oh Tuhan… bagaimana semua ini harus kuertikan?

SELALU ADA RENCANA INDAH UNTUKMU

Sang Kuasa selalu punya rencana indah untuk kita umatNya
Sesekali langsung membahagiakan hati…
Terkadang sejenak bertentangan dengan harap
Kau hanya perlu mensyukuri dan merenungi
Usah kau terus mempertanyakan, buang semua logika
Berdoalah senantiasa… dan syukuri baik buruk yang kau rasa
Saat kau berniat baik dan meminta yang terbaik, itulah yang kan Dia beri
Terkadang seketika… seringkali harus lalui hari yang menguji hati
Selalu ada rencana indah untukmu
Walau seringkali kau melupakanNya
Selalu ada rencana indah bagimu
Jika kau terus meminta padaNya

kenapalah serabai sangat!

assalamulaikum kalain semua:)

good news! my beloved mummy dah sembuh:)) Alhamdulillah:)
sekarang aku dah tak nak sedih sedih pasal hal tu.hehe

wa cakap lu wa memang serabai sikit.
*kuang hajo punya bahase kau pakai ye?

eh.sorry guys,lebih pulak.no no.nak cakap pasal serabai!
korang tahu ke pekejadah SERABAI tu?
meh aku nak bagitaw sikit.serabai tu merangkumi banyak makna.
cara pemakaian,tinggkah laku serta pemikran sesorang turut merangkuminya.

so aku tahu ade seseorang *sesetengah orang nie jenis tak boleh nak terima makhluk yang serabai nie kan?

but sorry to say lah der gua memang serabai terbaik dari ladang!
eh,suke hati lah kan? kau hade ke??
kuang hajo betoi!

serabai tak serabai tak penting sebab yang penting jangan nak PLASTIK!
semua orang dalam dunia nie tak sempurna, yang berlakon macam nasir bilal khan dan si mamat khalid adalah:)
ye dok? hehe.

as a conclusion,
please dont pretend yourself but just be your self.
just like me~
LOL!

Tuesday, June 21, 2011

bila dah semua sibuk

assalamualaikum kalian semua:(

sorry i cant smile anymore. so sorry guys.
seriously aku rase buat semua benda jadi tak kena.tak tahulah kenapa.
mungkin aku kurang mendapat perhatian* atau aku saja yang berasa sebegitu rupa.
sumpah aku rasa lonely gila sekarang nie disebabkan semua orang sibuk sangat dengan urusan masing masing kan.semua ade komitmen sendiri. ya Allah bosannya aku:'(

2nd day cuti-
petang tadi keluar bersama cik zaza ke pizza hut.and we spend almost 3 hours together.sumpah aku sangat rindu ini budak:) aku happy sangat dapat jumpa zaza,tapi seha pulak yang takde.tapi kira okay dapat jugak jumpa kawan kawan seperjuangan aku time kocik kocik dolu.hehe

usai semua tu aku bertemankan abang aku pon bergegas lah pulang ke rumah sambil membeli sedikit buah tangan memandangkan adik aku tu suke bebenor dengan KFC.bukan main seronok adik aku bila dapat tahu aku beli KFC.adik adik.comel betol! kemudian aku pon tanyalah adik aku nie.adik makan ape? adik pon jawab: mana makan ape lagi.
aku: haik?takkan mak tak masak?
adik: mak masak tapi mak goreng ikan je.
aku: ouh.*dalam hati: ya Allah betapa kesiannya kat adik adik aku.

aku pon dengan pantasnya membuka tudung saji dan hanya kelihatan adalah 3 ekor ikan goreng,
betapa sebaknya aku hingga menitis air mata aku.namun dengan cepat cepat aku menyeka airmata ku.
bukan kerana aku sedih kerana tidak mensyukuri rezeki yang Allah kurniakan pada hari ini tetapi aku sedih kerana selama ini mak ku tak pernah menyediakan lauk seperti tu.

mungkin mak terlalu sibuk agaknya.tetapi dulu walau sesibuk mana pon mak aku, mak tak pernah lupa untuk masak lauk kegemaran kami.mak sentiasa tanya kami adik beradik untuk masak ape.
sumpah aku sangat sedih. first time aku balik mak aku tak menyediakan masakan kegemaran aku:(

mak kakak rindukan mak yang dulu:'(
mak kakak nak mak layan kakak macam dulu walaupon sekejap saja pon sudah memadai mak.

mak,kakak tahu mak penat,kakak tahu mak sibuk mencari rezeki kepada kami.
kakak mintak maaf kalau kakak tak boleh tak faham keadaan mak:(

mak sejak akhir akhir nie mak sering bersendirian kan?
kakak nak borak borak dengan mak setiap kali lepas solat maghrib macam dulu. tapi bile tadi kakak datang mak dah tidur.hancur harapan kakak nak cerita pengalaman kakak dekat mak.kakak nak mak orang pertama yang dengar semua cerita kakak.hmmm,takpelah.mungkin mak penat kan.kakak rindu nak dengar gelak tawa mak.mak cepatlah sembuh ye:) kakak janji akan jaga mak ye.

bila kakak nak manja dengan mak, mak dah tidur.kakak sedih sebab kakak jarng balik sebab selalu sibuk.jadi setiap kali kakak balik kakak harapkan kasih sayang mak sangat sangat.mak lepas nie jangan sibuk  sibuk dah ye.biar kakak yang bantu keluarga kita ya.kakak janji mak.

bila mak sibuk kakak cari adik,tapi adik sibuk buat latihan dengan kerja rumah.ayah pon sama.kakak sunyi sangat.kakak tak tahu nak mengadu dengan sapa lagi.kakak ade mak,ayah dan adik beradik je untuk mengadu semua masalah.tapi semua tak pedulikan kakak:(


mak,
kakak rindu waktu lalu kita masak sama sama,mak masak lauk kegemaran kakak.kakak suka sangat sampai kakak makan banyak dan merungut berat badan naik.hehe.kelakar kan mak.tapi kakak tak kesah janji dapat manja dengan mak.tapi tu semua dulu kan?


mak,
kakak jelez dengan kawan kawan kakak.diorang balik mak diorang masak masakan kegemaran diorang.
tadi kakak message dengan kawan kakak pastu dia tanya dah makan ke belom? kakak cakap dah.
kakak tanya balik kamu makan ape.lepas tu dia jawab mestilah makan makanan yang mak kita masak:)
sedih kakak time tu sebab mak tak masak masakan paveret kakak:'(


mak.kakak minta maaf sebab mungkin kakak terlalu emosi sampai rasa mak dah tak sayangkan kami semua.
kakak tahu hakikatnya mak sayangkan kami semua kan mak.


mak.kakak sayang mak sangat sangat.sampai bila bila mak tetap ade dalam hati kakak.
mak kakak sanggup bekorban apa saja walaupon nyawa kakak demi mak.
mak kakak nak mak sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman paling indah di dalam dunia nie yang pernah kakak lihat.

i love you so much mak


ya Allah.aku bermohon padaMu
sembuhkanlah mak kami.hamba merayu padamu.
jadikanlah mak kami sebagai hambamu yang tabah dan kuat.
kurniakanlah tubuh badan dan akal yang sehat kepada mak kami

amin ya rabbal alamin.

Monday, June 20, 2011

it's your birthday bro:) selamat hari kelahiran lah senior

assalamualaikum kalian semua:)

firstly i love to sing a happy birthday song.
tadaaaaa...
happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to senior,
happy birthday to youuuuu bro.

nah,your cake specially brought to you bro:)


this one i kasi gempak je:) 


so amacam bro? cantik tak cakes yang aku kasi nie? lagi best kalau dapat campak kat muka you bro.haha
bestkan kalau dapat celebrate your birthday.but nak buat macam mana kan bro takde kat sini. 
bro you are tooooo far from here. 
so let me wish you
  happy happy happy birthday bro:)

i'm not strong enough to post to your wall 'HAPPY BIRTHDAY BRO' because it may hurts me:(
aku takut your sweetiepie hunny kate ape pula.mesti dia akan cakap 'hekeleyy minah nie apa hal ntah!jangan nak macam macam lah' err,,sumpah it's scary doe!
thanks jugak sebab pernah wish my birthday even once.
terharuuuuuu der!

if ade peluang aku teringin sangat nak webcam dengan bro and on that time i'll sing you a happy birthday song sambil angkat banner yang ade tulis happy birthday bro!
haha.

LOL!
cheer up lah dear.

lawak lah aku punya imaginasi tu semua kan.miahahaha!
ape ape pon aku doakan untuk senior aku yang sorang nie semoga bro berjaya dalam hidup,
semoga panjang umur,
semoga diredhai ALLAH
semoga berbahagia di samping tersayang
amin,

last but not least happy 22 years old lah bro!
*steady macho okeh:) agagagaa


-A simple celebration, a gathering of friends; here is wishing you great happiness, a joy that never ends.
-May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
-Not just a year older, but a year better.

till ends,
with laugh and smiles
assalamualaikum

Sunday, June 19, 2011

:.bukan saya berdalih.:

assalamualaikum kalian semua.

*mood: tengah menunggu kedatangan bonda dan ayahanda untuk menjemput saya pulang ke teratak yang tak seberapa kami:) 

seringkali kan orang tanya tanya kat aku sampai dah lemaih aku weh dengan soalan korang tu! 

-kenapa takmau hambik die?
-gapo mu tak ngaku mu ado gewe?
-korang couple ea?
-kau kaple jela dengan dia.senang wehh!

nahhh.meh mak nak ceritera sikit, kate orang sebelum kita membuat sesuatu keputusan kita kenelah pikiaq masak masak.bukan main hantam je nokks.nak masak dapatkan masak masak tu hingat senang ke? 
nak menumis dulu, kemudian masukkan ayam dan rebuskan selama 30 minit, next...(bercakap ala ala cep wan) muaahaha:D
see i told you kan?susah der nak buat keputusan.takboleh on the spot dapat bagi jawapan.
so i need some more time to think about it. sebab bagi aku setiap ape aku nak buat aku mesti pikiaq pasal mak bapak aku. diorang ade pesan kat aku kalau boleh belajaq bagi habihh dulu baru dok pikiaq pasal pakwe makwe nie. kemudian secara automatikalli aku pon terpikiaq betol jugak ape yang bapak aku habaq kat aku. semua tu betoii sangat dah aihh. 
sebab tu aku tak boleh nak bagi ade ruang kosong dalam hati aku untuk diisi oleh mana mana jejaka setampan aron aziz! miahahaha

aisehh seth tan!

tapikan bila aku bestie dengan seorang mamat nie semua orang salah faham,
semua orang ingat aku nie kapel dengan die walau hakikatnya tidak lahhh.
berkawan biar seribu berteman biar satu.
aku bukanlah terlalu memilih tapi bagi aku cukuplah kami setakat berkawan sahaja.lagi sweet:)
kan cik tinggi kan.hehe

tapi kan tipu sangat lah aih kalau aku cakap aku takde perasaan nak mempunyai seorang teman istimewa.
sumpah nokks aku jelez sangat bila tengok kawan kawan aku bahagia dengan pasangan masing masing!
sumpah aku pulak yang lebeh lebeh rase heaven dari kawan kawan aku tu.lalalalallalaa:))
ade aku kesah? hehe.
harap harap korang happily ever after ye wahai cik ieyqa bersama cik wapaaa. saya jelez lah dengan uoollls! hehe:)
aku bila tengok orang kawen aku pon rase dengan hegehnya nak kawen jugak! *awat hang nie dok gatai sangat nie,aku habaq mak hang baru hang tau!
hehe.tak tak tak jadilah.main main sikit pon tak bolehh --!



 cerita sekarang aku dah tak tunggu kat si engi dah sebab aku taw terlampau banyak sandiwara dia berlakon depan aku.plastik beg sampah betoi pakcik sekoq nie.aku sabau jelaaa..
aku dah tak kan tunggu sapa sapa dah sebab nanti aku yang makan dalam. sikalang, aku membuka lembaran baru:) lupakan tujuh tahun dulu ye sayang.


Saturday, June 18, 2011

hai kamu, susah hati saya dengan kamu nie.

assalamualaikum kalian semua:)

title bunyi macam ape je kan? *bajet macam bagus je kan,haha. whatsoeverlahkan!
aku nak type jugakkk.



haa.aku nie memang paling pantang kalau ade orang yang nak pertikai pemakaian seseorang tuh!
heyyyyy! what the problemo lah kau, aisehh tak payahla nak kutuk kutuk orang sangat kan? 
kamu tu bukanya next top model pon kan kan?
kamu suka sangat kan kritik orang.kamu cakap die tu tak up to date lah, ntah pape lah, serabai lah, 
comot lah.
ape masalah kamu nie? kamu cakap die pakai macam orang KAMPUNG! sentap makk!
aku pon orang kampung lah babe! agak agak lah kamu.
kamu mengata orang sesedap rasa tumix je kan. kamu pon bukan dari kampung jugak ke?
for your information setiap kali kamu mengata orang sekeliling kamu aku tersentap kot. kamu dah banyak berubah kan? yela kamu cakap macam kamu lah yang paling bagus dalam dunia nie.
aku tak pernah kesah lah, memang semua orang ada hak untuk perasan *cantik (SS)
kamu kata die serebeh,comot,busuk.
okey fine.orang tu redha jela.
kamu ingat pakai baju sendat hantat, kasut tinggi macam mak nyah, rambut rebonding *mengubah ciptaan tuhan tu, habis bagus ke untuk judge orang lain? hadusss.kamu nie,pening aku.
kamu cakap macam kamu paling bagus.fineeeee i dont really mind lah kan.
untuk pengetahuan kamu memang aku asal dari kampung, tapi aku tak pernah nak rasa malu denganya.
walau aku asal dari kampung tapi aku tak pernah sangatlah kan nak jakun bile datang bandar! fullstop okey.

aku memang dari kampung 
tapi aku ade selipar ADIDAS ori, baju PADINI, spec PLAYBOY ori, lens ori dari FRESH KON bukan tipu punya, purse BUM. *aku memang asal dari kampung:)
nahhh, KAU HADE KE???
lain kali jangan nak kutuk orang sangat lah kan.setakat pasar malam aku pon ade lah.jangan nak kencang lah weyyy!

sorry agak riak diatas tapi untuk menyedarkan seseorang, harap kau berubah:)



*sekian saja.assalamualaikum.

Monday, June 6, 2011

teruji dengan maha hebatnya

ya Allah betapa lalainya hambamu yang hina ini ya Allah.
dalam aku bersuka ria aku telah lalai dalam mengingatimu ya Allah. 
aku lupa pada kekuasaan mu ya Allah.
dan dalam sekelip mata jua kau ragut semua kegembiraan ku. 
dalam sekelip mata jua kau uji aku dengan dugaan yang maha hebat ini ya Allah, 
hanya dalam sesaat aku telah berduka lara, ampunilah hambamu ini yang bergelumang dengan dosa ya Allah. 
sesungguhnya hambamu ini lalai dalam kehidupan yang lara' ini. 
tunjukkan aku jalan yang lurus agar bisa aku dapat menggapai syurgamu. Allahuakbar.
hanyalah padamu tempat aku berteduh.
hanya padamulah tempat aku mengadu. aku bertaubat padamu ya Allah. 
memang benar dalam kita bersuka ria tentu kita kita akan berduka lara. 
dan hari ini juga menjadi saksi betapa maha hebatnya kesedihan yang kau berikan pada hambamu yang kerdil ini.

walaupun hambamu ini diuji tetapi hambamu ini yakin tentu ada hikmah di sebaliknya.
semoga hambamu ini masih mampu bertahan dengan dugaan ini.

kuatkanlah hati hambamu ini.
janganlah kau palingkan hati hambamu ini ya Allah sesungguhnya aku bermohon padamu.

ampunkanlah dosa dosa hambamu ini ya Allah.
amin ya rabbal alamin.

Wednesday, June 1, 2011

what da! tak adil lah kan kan?

salam kalian:)
seriously really sorry sebab dah lama tak menghupdate ini belog,sangat sibuklah. 
buat muka gila busy nie-.-! korang nampak tak? serious punya muka nie.

dah takmau ngomel sambil bebel bayak macam makcik tua sebab tu bukan pointnnya kan?
so.lets to the point lahhh weyy. yah yah. tak adil lah kan kan? aku sakit buah pinggang betol bile ade manusia bersikap pilih kasih kat dalam bumi yang indah ini. *gile tak sakit jiwa kau kiah! what da aku merepek nie!!!
macam nie lah storynya kan, (rojak gila kot!) aku tak faham kenepa sesetengah lecturer perlu pilih pilh students dalam class! heyyy, what's wrong with you? sumpah sakit hati kot.yela sikit sikit utamakan budak dean's list!
diorang tu pon manusia biasa kan? kan? aku paling tak tahan siap boleh dapat gelaran 'master of anatomy!'

aku sikit pon tak pernah nak heran lah sangat kan dengan semua itu cuma sedikit terkilan sebab budak budak yang lain macam tak diendahkan je. kesian lah kan bukan budak dekan je nak belajar kan?
aku paling sakit vena bila die *lecturer tanya kat kelas sape tahu jawab soalan anatomy yang die tanya, pehh,
aku punyalah eksited tahap karma dewa langit petala alam yang ketujuh nak jawab soalan die kau tau tak sebab kebetulan aku ade terbaca nota tu kat dalam revision book (ingat senang ke nak tengok aku study! cube lah appreciate sikit kan) last last die buat dekk je then terus tanya kat bebudak dekan tu apa jawapanya!! berderau kot kompenan kompenan darah dalam arteries aku nie! masalahnya budak budak dekan tu pon tak dapat jawab. nahh,tulah jangan ingat semua benda diorang tahu okay! even aku bukan lah budak dekan tapi aku tak lah bodoh sangat sampai tak tahu anatomy langsung! pleaselah..

sorry to say but this is the truth! tiada auta mahupon cerita rekaan semata mata. inilah hakikatnya.
sorry aku jugak tiada niat nak memburukkan serta mengaibkan guru aku sendiri.tapi macam mana pon inilah hakikat yang selama ini aku pendam dan hari inilah menjadi medan saksi segala kemarahan aku dilemparkan atas kerana kesabaran aku telah teruji maha hebat.

dear lecturer please make me respect you.
saya tak mahu menaggung dosa kerana mengutuk guru saya sendiri.
berubahlah wahai guru kerana bukan setakat saya yang terasa malahan semua pelajar yang lain juga begitu.
saya mahu mendapat ilmu yang berkat darimu wahai guru.
pleaseeee i'm begging you:(

maafkan saya guru.

-insan yang teraniaya-