Sunday, November 27, 2011

huyeahhhhhh!

kite just nak bagitaw satu benda:)

kite nak bagitaw sangat sangat tapi kite segan. ngeee~

nahhhh kite hanya dapat tunjuk nie <3






yayyyyyy dah berjaya.

I LOVE YOU.

YESS! I LOVE YOU.

REALLY LOVE YOU!




I LOVE YOU SO MUCH 
MAK & AYAH.
heart them! big hugs for both of them,

mmmmmuaahhhhhhhhhhhhhhh:)

bye!





Thursday, November 24, 2011

shooooo shweetttt op yuuuuuu!

mood: sila lah dan tersangatlah retis yaw!


when people keep on asking you about me and you. simply you said "doakan kami" with your sweet smile.
nahhh so simple kan jawapan untuk soalan maut di kilometer 16 jalan tapah. *sangat merepek!


then, you always said that " i love you more than you love me"
dengan gigihnya pergi Google translate.
ouhh maksudnya saya sayang awak lebih dari awak sayangkan saya, baru tahuuu!

okbai~


Monday, November 21, 2011

W A N I T A itu hebat!

assalamualaikum kalian semua:)
may Allah bless all of you:)

title for entry today is WANITA itu hebat!


eh betul ke? bukti ade ke? tanya kaum adam.


kalian tahu tak, mesti tak tahu kan so mari tantan bagitahu bahawa jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.


Kepada wanita jugaklah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka ini wanita, dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. *Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus kan?




Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, 
kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja:-
negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.


Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.


Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.


Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.


Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.


selamat berusaha untuk menjadi yang lebih terbaik:)


assalamualaikum.

Monday, November 14, 2011

hey you! i just wanna say good luck:) from far but the fact is near.

assalamualakum kalian semua
may Allah bless all of you :)

kalian semua sihat tak? so macam mana dengan yang dah habis exam,yang tengah exam dan yang bakal menduduki exam?
nahhh, kat sini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang ada istilah exam dalam kamus hidupnya okeng>.< hehe, i mean okay.

to the main point:)
saya tahu ade sorang kawan saya nie stalker tegar saya. *err perasan kan kau nih! haha who cares:P
cik awak saya nak ucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan yang awak sedang lalui. saya tahu dan yakin 250% yang cik awak boleh buat punya laaah! cik awak budak pandai dan bijak sebab tu sayang lebih.ehhh tak tak saya gurau je,teheeee;) maintain with your dean list okay. go cik awak gooooo! jyeahhhh.

saya kat sini sentiasa doakan yang terbaik pada cik awak. hari hari doa supaya hari hari awak sentiasa dan ceria disamping orang yang cik awak sayang. (agak agak saya masuk dalam list tak? hehe)

cik awak kene buat yang sehabis yang baik mungkin sebab cik awak kene jadikan cita cita cik awak tu satu kenyataan, semoga cik awak berjaya menjadi DR kelak.aminnnn:) *untung laaa.

cik awak jangan nervous taw masa jawab exam tu. 
*aku lebih lebih nasihatkan orang padahal time exam akulah yang paling nebesss dalam dunia! awok nebessss:P

semoga cik awak baca entry saya kali nie:)
byeee cik awak!

ouhhhyaaaa, lupa nak bagitahu. if cik awak dean list kali nie nanti saya belanja okay?
emmmm belanja aiskerim pop seposen tu boley tak?
heehe. kidding^^

assalamualaikum.

Thursday, November 10, 2011

aku yang lemah

aku tak tahu kenapa dengan aku nie.
ape masalah aku nie.
aku tak faham dengan diri aku.
sungguh aku buntu.


RUPA PARAS.
aku rasa sangat tersisih.aku rasakan aku manusia paling tak berguna dan paling hina dalam dunia.
aku rasa takde confident langsung,kenapa dengan aku. aku rasa aku tak sesuai sangat bergaul dengan semua org sebab aku tak setanding dan secantik orang lain. aku rasa tak layak kawan dengan kawan kawan aku semua:(


aku rasakan aku lah paling buruk antara mereka semua.betol aku tak tipu!
aku tak cantik, ya aku tahu. aku tak secantik orang lain:(
aku malu nak bergaul dengan semua orang.mungkin sebab tu takde orang yang pedulikan aku.
aku tak kisah semua tuu,tapi kenapa aku rasa down sangat sangat.aku tak tahu nak cerita pada siapa.tapi aku hanya mampu untuk coretkan dalam dairi aku ini. betapa sebaknya aku kini:(


tapi inikan anugerah dari Allah.apakan daya aku.aku tak mampu mengubahnya.aku tidak pinta untuk sebegini.kenapa manusia kerap memandang luaran semata mata,pedihnya hanya aku yang rasa.


ENGI.
sungguh aku tak tahu bagaimana nak lupakan dia.aku dah lakukan bermacam cara untuk lupakan dia.tapi kenapa aku tak berdaya ya Allah:( apakah ini semua,aku sudah tak kuat untuk mengejar bayang cinta dia.makin kuat aku mencuba untuk hindarkan cinta makin kuat rasa itu datang,dia bukan milik aku,tetapi kenapa harus aku menanti dan peduli pasal dia? ya aku hamba cinta.bisik hatiku lepaskan dirinya sungguh aku tak bisa,biarlah aku sendiri tanpa kasih di hati:( betul aku tak tipu tiap haria ku mengharapkan dia untuk tegur aku,aku sentiasa menanti.menanti dan terus menanti.ya Allah pedihnyaaaa saat tu,tak tertanggung air mata ku.kerap kali aku menangis kerana dia.bukankah aku sudah tahu dia sememangnya tidak pedulikan aku,tetapi aku masih menantinyaa,mengapakah?apakah dugaan ini.kerap kali hati ini memikirkan dia.sungguh 7 tahun terlalu lama untuk aku lupakan,tak semudah itu,mungkin mulut boleh berbicara seperti itu.tetapi hati tidak mampu berdusta. ya Allah betapa hebatnya penangan dia:(
selagi aku masih di bumi teluk intan selagi itulah hatiku tidak tenteram dan sering menangis.kenapa aku tak kuat?kenapa aku mudah tewas?
tadi semasa aku di ward aku terlihat ada sebuah keluarga yang membawa sate, saat itu juga air mata ini jatuh berguguran tak tertahan.mengalir air mata aku tatkala itu kerana aku terlalu rindukan dia,kerana dia pernah hadiahkan aku sate sewaktu di awal pertemuaan kami.
ya Allah sungguh aku rindu detik tu,dia juga pernah berjanji akan membelikan aku sate lagi.tapi aku dapat rasakan janji tinggal janjiiiii :( 
mungkin juga dia sudah lupakan kewujudan aku disini.
aku tak sanggup nak tinggal kat sini lagi.
aku tak berdaya lagi.


AWAK.
saya mintak maaf sebab tak dapat layan awak dengan baik.saya tak tahu kenapa.ape salah awak dekat saya sampai saya buat awak macamtu.tapi betapa kuat dan sabarnya awak,awak tetap pedulikan saya dan tetap sayang saya,saya tak tolak awak dan saya jugak taknak beri harapan kepada awak.saya takut awak yang terkecewa kelak.maafkan saya.mungkin saya juga sukakan awak tapi saya tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya kepada awak sebab saya belum bersedia awak:( saya takut hubungan kita putus dipertengahan dan awak terluka kelak.maafkan saya sekali lagi.saya terlalu takut kita tak dijodohkan dan tidak ditakdirkan bersama sebab itu saya tak dapat nak sayang awak sepenuh hati saya,awak sangat baik kepada saya sampai saya rasa saya terlalu kejam untuk awak kerana saya tak berlaku adil kepada awak mungkin saya suka awak tapi hati saya untuk orang lain.jahatkan saya? hmmm.saya kejam! awak saya doa agar awaklah jodoh saya kerana saya taknak dipermainkan sekali lagi,cukuplah sekali saya terluka teruk. saya mahukan lelaki yang boleh menjadi teman sehidup semati dan teman di saat saya berduka bukan sekadar teman untuk bergelak ketawa.jika benarlah awak jodoh saya alangkah bahagianya saya,kerana awak seorang lelaki yang begitu menyayangi saya. tapi saya yang buta.saya tak nampak kasih sayang yang awak beri pada saya,mungkin saya terlalu alpa dengan hasutan syaitan supaya lebih mengingati org lain berbanding awak.kenapa saya buta dengan semua tu? saya masih mengharap kasih yang tak mungkin menjadi milik saya. pedihnya hati ini:(


awak maafkan intan,jika kita memang ada jodoh,mungkin jodoh itu tidak kemana,
BIARLAH TAKDIR YANG MENENTUKANNYA~


ya Rab kuatkanlah iman hambamu ini yang hina ini.aku bermohon sesungguhnya padaMu sahaja aku bermohon. sesungguhnya setiap apa ketentuanmu pasti ada hikmahnya.aku redha.



Wednesday, November 9, 2011

mungkin memang benar.

cuma nak meyuarakan isi hati yang terbuku di sudut jauh hati ini.




mungkin aku tak boleh nak jadi yang terbaik
dan mungkin aku tak jadi yang sempurna seperti yang didambakan 


aku dah sangka semua akan berlaku, percayalah dengan hati kecil sendiri.


aku rasa kerdil bila di samping dia. aku tak sehebat dan semegah dia.
banyak jurang antara kita yang membuatkan aku rasa diriku sangat terhina.
darjat menjadi ukuran kerana aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa apa.
betapa tak pantasnya aku untuk dia.


yaa,memang itu bukan menjadi ukuran kan? tapi semua itu hanya mulut yang berbicara. hati bagaimana pula?


aku rasa aku memang tak cocok sama dia. aku dapat rasakan. semakin lama semakin kuat:(
ya Allah bantulah hambamu yang buntu.


aku akui aku mungkin tak sama dengan wanita yang hebat di luar sana.tapi percayalah aku juga mempunyai kelebihan yang mungkin tidak di miliki oleh wanita lain.


aku jugak akui aku memang mempunyai kekurangan,
aku mudah merajuk
aku mudah marah 
aku mudah meninggi suara
aku mudah melatah
aku mudah salah sangka
aku mudah cemburu


yaa,itulah aku,aku harap dia faham.
aku akan memperbaiki semua kelakuan aku itu.


tapi bolehkah aku hanya inginkan perhatian dari lelaki yang aku sayang?
boleh tak? walau hanya secebis. walaupon susah sangat kan.


aku marah sekali macam mana pon sedaya upaya aku sorok dari dia.
aku takkan sesakali biarkan dia tahu betapa marahnya aku.
mungkin kadang kadang dia sangkakan gurauan tetapi hakikatnya tidak.
walaupon hati aku yang terluka kerana sikap pendamnya aku.


permintaan terakhir boleh tak awak lebih memahami saya?





Friday, October 28, 2011

Sunday, October 23, 2011

tidak dapat menzahirkan perasaan

Assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you :)

heyyy. it's weekend baby.
jyeaahhh i love weekend much much more *over

nama pon weekend kan kan inilah rutin aku-

mendobi
memasak
mengemas rumah
melipat baju
mengiron baju
melepaking with all my siblings:)
texting with friends
facebooking
twittering

last not least blogging of course! *elehhh sembang macam rajin update je kan? haha.

sebenarnya nak cakap aku sukaaaaaa sangat WEEKEND! boooooo. haha
eleh biarlah dak nak suka ke tak nak. kau hade? hade?

aku tak tahu kenapa kenapa kenapa dengan nada gediks okenng!
aku suka sangat harinie. sumpah tak taw kenapa. peliknyaaaa.

23 October 2011, 02.14am.
yes, whatever it is, i just can say i will :)
insyAllah.

Wednesday, October 19, 2011

berjiwangan di pagi hari.


assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you ;)

sungguh benar aku mencintaimu
meski kau tak anggap aku ada
aku tak akan memintamu untuk mencintaiku

aku tak berharap kau cintakan aku
aku juga tak berharap kau balas cintaku
yang ku harap kau izinkan aku untuk mencintaimu

cinta ini sudah terlanjur kumiliki dari dirimu
jadi biarkanlah cintaku bersamamu
meski jiwa ragaku tak bisa bersamamu.

kan dah cakap jiwang habis punyaaa.
kuikuiki.
*sila jangan salah sangka.
ini cuma lirik lagu sahaja. tapi aku adjust sikit bagi menarik bahasanya;'D

buibui sayang semua*

Monday, October 17, 2011

lemahnya:(

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you ;)

siapakah pemilik asal tulang rusukku?
alangkah bahagianya aku jikalau aku mengetahui rahsia Allah ini.
pasti aku tidak akan bertanya selalu perihal solan yang aneh ini.
mengapa Allah merahsiakan daripada kita siapakah jodoh kita?
mengapa Allah mahu kita mencari persoalan ini?


bingung di buatnya.
keliru di buatnya.


salahkah kita mencari siapakah pemilik tulang rusuk kita?
tetapi tidak mudah dalam mencari, kerana banyak rintangan yang harus kita tempuhi.
mungkin kita berteman dengan seseorang itu,tetapi yakinkah kita dia pemilik tulang rusuk kita?
tidak semudah itu rasanya, selalunya Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah,
sebelum kita ketemu dengan orang yang betul,iaitu jodoh kita.


aku buntu. aku keliru dalam hal ini.
mengapa aku diganggu dengan hal yang remeh ini? 
minda dan hati sering persoalkan perihal ini walau kerap aku menolaknya.
mengapa ya Allah. adakah ini semua nafsu semata mata?
semoga engkau lindungi aku dari semua duniawi ini ya Allah.
sesungguhnya aku tidak sekuat yang disangka.
aku mudah tewas.aku lemah:(


ya Allah kau peliharalah hati dan jiwa ku ini dari permainan dunia ini.


bantulah aku ya Allah.
aminn ya rab.


assalamualaikum.





Tuesday, October 11, 2011

kesah dan tak kesah

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you ;)

tetiba terdetik hati nak buat entry kesah dan tak kesah nie.
ramai yang dekat luar sana sering menggunakan perkataan kesah dan tak kesah kan?
 contoh ayat : ade aku kesah? haaaaa. contoh paling senang la tu kan.


bagi aku pulak lain. maksud aku macamnie,


saya TAK KESAH kalau jodoh saya =

  • tidak kacak
  • tidak bergaya
  • tidak tinggi
  • tidak putih
  • tidak bijak
  • tidak berharta
  • tidak macho
  • tidak pandai main bola
  • tidak pandai main gitar
  • tidak sasa
  • tidak romantik
  • tidak pandai menyanyi



tetapi saya amat amat dan teramatlah KESAH kalau jodoh saya =
  • tidak tahu mengaji
  • tidak tahu solat
  • tidak tahu menjadi imam untuk saya
  • tidak tahu berpuasa
  • tidak jujur kepada saya
  • tidak tahu hukum hakam agama
  • tidak tahu tentang Islam
  • tidak menutup aurat
  • tidak menghormati orang lebih tua darinya
  • merokok
  • menindik telinga, hidung,mulut dan lidah
  • pentingkan diri sendiri
pokoknya setiap individu mempunyai kesah dan tak kesahnya:)
bagaimana pulak dengan anda?

buibui ^^
assalamualaikum.

Sunday, October 9, 2011

i'm so speechless

Assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you ;)

SPEECHLESS gila!
sumpah speechless, cik awak pinjam ayat awak sat,haha

seronok nyaaaaa dapat kenal diorang nie.
ella,kakhai<3,sab and ida

rasanya baru je kenal diorang nie except kakhai and ida:)
ella dengan sab memang super awesome punya bebudak lah!
sumpah seronok kawan dengan korang semua.walaupon kita baru je kenal semalam tapi kita seolah olah dah kenal lama! *terharuuuuu!
sab@  sabi taktaw yang mana satu actually:) wan panggil sabi, tapi kawan paggil sab,haishhh mana satu lah kan? tape tape orang panggil awak sab the comellest okay?

satu benda nak puji pasal diorang nie, diorang sangatlah macam satu keluarga. jeles tengok diorang semua.semua satu kepala,tak macam kat sini,semua nak ikut kepala masing masing je. berpuak puak pula.haishhh laa.

tape tape yang penting lepak dengan diorang semua memang best tak hingat! yelah baru kenal tapi dah macam lame je kenal.siap boleh gelak gelak lagi.rasa kebahagiaan datang sejenak:)
seronoknya kalau dapat kawan macam korang semua.mesti bestt!

sorry taw kalau saya tak banyak cakap semlam*
malu sangat.yelah tetiba je datang kan,tak pasal pasal korang kene layan pulak kan.
tapi tak sangka korang layan saya macam semalam, TERHARUUUUUUU!
THANK YOU SO MUCH MORE:)

kakhai-thank you sangat sangat sebab layan intan and bagi pinjam semua benda:) sayang akak!
sab-suka sangat dapat kenal kamu,entahlahh rasa macam dah lama kenal kamu:) thanks sangat sudi layan saya:)
ella-thanks sebab sudi jadi kawan saya walau baru kenal semalam.awak satu kepala dengan saya sebab suka try semua jenis kasut dan hantu shopping!
ida-thanks sebab banyak cakap dengan saya:) thanks for the selipar tu,kalau tak basahlahh kasut-.-'
thanks tumpangkan banyak benda:)
hilmi-thanks sebab sudi teman wan kan.haha heeyyy you kan bakal jadi junior i:) hehe

thanks again to widad,erin,ary,bday girl *lupa nama pulak,sorry,widad,shahirah,farah hazirah,wani and su:)
for boys thank you to nasrallah,syafiq,irfan and ihsan.

sorry kalau tak mention nama sapa sapa lagi sebab i can't remember all*

THANKS A LOT TO ALL RADIOGRAPHY STUDENTS INTAKE JULY 2010
I really appreciate it:)

lastly
thank you very much much much to
pakcik
sebab sudi kenalkan kawan kawan awak kat intan!
really appreciate it.
sudi temankan kami berwindow shopping.
sorry jugak semalam tak banyak cakap sebab saya malu! hahaaha

*hope you like it:'D
i mean yang semalam tu~
 thanks pakcik for the ..... i like!
sekarang dah ada 2 kan,hehehe



okaylahh need rest!
buibui~

assalamualaikumm




Wednesday, October 5, 2011

dulu lain sekarang lain.

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you :)

sekejap je kan masa berlalu. sangat sekejap. kenapa awak cepat sangat masa? 
kadang kadang terfikir jugak kan kenapa perlu masa bergerak? tak bolehkah masa tu hanya statik je? tak pon boleh ke kalau masa tu diundur ke belakang? 
okey itu semua tanda tanya saja. dan tak mungkin ianya akan berlaku.

dulu waktu kecik kecik seronok je.mintak ape pon mesti dapat,tapi bila dah besar nie semua kena usha sendiri. kadang kadang tu penat sangat nak capai satu benda sebab kita terpaksa berhempas pulas dulu baru dapat-.-' susahkan? tapi dulu kalau mintak ape senang je dapat, kalau tak dapat pon menangis sikit mesti kompem dapat.
banyak betol perbezaan dulu dengan sekarang kan?

contoh contohnya

 15 tahun

 
16 tahun

 17 tahun

18 tahun

19 tahun:)

sweet 19teen<3


semester 1

semester 2
 semester 3

 kan dah kata masa tu cepat sangat berlalu.
sekarang nie semua dah kene buat sendiri. iron baju sendiri, makan sendiri, basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri. semua sendiri, dan paling penting duit pon dah kene guna duit sendiri:( no more allowance from PAMA. waaaaaa;'(
macam tak percaye je sekarang dah 19, next year 20!
tuaaaaaanyaaaaa! tamaulah masa cepat berlau:(

*okaylah sudah mata panda 
@____@

buibui :)
assalamualaikum

Monday, September 26, 2011

saya bukanlah sesempurna awak :(

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you (:

pada mulanya saya ingin memohon beribu serta berjuta juta kemaafan jika ada di antara anda yang terasa hati dengan entry saya ini, tetapi niat saya hanya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya beserta pihak lain. sekali lagi saya memohon kemaafan.

saya rasa perubahan sesuatu kearah kebaikan adalah amat baik sekali. saya tak nafikan malah saya juga menyokongnya, tetapi ingatlah keatas apa perubahan kita itu? adakah ikhlas kerana Allah SWT ataupon pihak lain? maksud saya atas dorongan orang lain.

yaa.memang dorongan orang lain itu tiada salahnya, masalahnya jangan lah kita berubah hanya disebabkan kita terlalu taksub dan tagihkan cinta seseorang itu. ianya umpama kita tidak ikhlas kepada Allah atas apa yang kita lakukan. bahkan kita lakukan semua itu hanyalah untuk menarik perhatian lelaki itu supaya mengatakan bahawa anda itu seorang perempuan yang muslimah. saya mengakui saya juga bukan lah seorang wanita yang baik dari setiap aspek, tetapi saya dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, saya teringat lagi kata kata ustaz saya, jika ada orang menegur kita, kita haruslah dengar apa yang disampaikan, jangan sesekali lihat orang itu tetapi dengarlah apa yang dikatakan itu walaupon orang itu bukanlah orang yang baik.

ustaz saya dengar cakap ustaz tu, tapi sampai satu tahap saya dah tak dapat nak tahan lagi. dia sering menegur kesalah orang lain sedangkan dia langsung tak pernah nampak salah dia. bahkan dia tak pernah untuk memperbaikinya. saya sedih sangat:( terlampau banyak perubahan yang berlaku, semuanya berlaku dengan pantas. saya tak kesah anda nak tegur siapa yang anda suka tapi anda cerminlah diri anda dulu sebelum berkata kata. tahukah anda terlalu ramai yang terguris dengan kata kata anda. tak kasihankah anda kepada kami?

*anda berubahlah dahulu sebelum anda berkata perihal keburukan orang lain.
*tolonglah  jangan berubah dan hanya disebabkan lelaki yang belum tentu halal untuk anda.
*ingatlah setiap percakapan kita melambangkan diri kita sendiri.
*kita hanya mampu merancang tetapi Allah dah takdirkan segalanya untuk kita.

saya sentiasa berdoa semoga anda dan diri saya sendiri yang kerdil ini sentiasa menjadi insan yang mendapat keredhaan Allah.
semoga saya dan anda semua berubah kerana ikhlas kepada Allah bukanlah disebabkan faktor lain.



saya memohon kemaafan buat kesekian kalinya di atas kepincangan bahasa saya ini.
maafkan saya kerana saya juga insan yang lemah yang meluahkan rasa yang lama terbuku hingga tidak mampu menahannya lagi. 
maafkan saya.

assalamualaikum






Thursday, September 22, 2011

perubahan hormon gamaknye;p

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you ;)

firstly nak ucap tahniah kat semua ibu ibu yang berjaya melahirkan anak dengan selamatnya.
huyeyyyyy! sukanyaaa.

aku tak tahu nak buat entry ape actually, tapi dengan tetiba pulak aku rasa hormon dalam badan aku dah macam sewel sikit kot gamaknya.so terlintaslah aku nak buat entry nie.
entry agak berbahaya *sila salahkan hormon aku. haha

sejak sejak masuk ward baby nie aku tak tahulah kenapa bila aku tengok muka baby mesti akan rase tenang jee. sumpah aku tak menipu. nie betol punya tiada rekaan okay. aku rasa macam cool gila tengok baby tido.
dan bermulalah aku rasa nak peluk peluk, dakap dakap and kiss baby tu banyak banyak! wahhh sangat cool kot!
dulu aku tak pernah suka baby mahupon budak kecik! sebab bagi aku diorang sama je.keje nak melalak bagai.sakit telingo den taw, tapi tu semua dulu ye* sekarang dah macam lain gila. aku rasa aku punya karekter dulu dengan sekarang totally 100% dah macam berubah. acecececcee! hehe
sekarang aku pantang nampak baby, semua aku nak terkam first sekali aku akan cubit pipi dia yang gewbu gewbu tu! eiiiiii.geramnyaaa.
seronoknya kan ada anak sendiri:) 
alangkah bahagianyaaaaaaa.

comel kan? cool taw dapat peluk!

tenangnya hati tengok baby:)

auw cakkk!

aku tak tahu kenapa sekarang aku cuba untuk menjadi seorang wanita yang sopan.aku tak nak jadi perempuan tapi aku nak jadi wanita, aku cuba untuk bersifat matang, sabar, tidak menjerit melalak macam anjing tersepit tu.hiperbola sungguh,haha
aku cuba menjadi lemah lembut, aku tak berpura pura tapi aku akan berusaha untuk berubah:) doakan ye.

tapi kenapa aku jadi macam tu ea? kenapa aku rasa macamnie? perlu ke perubahan tu. aku teringin sangat nak jadi wanita yang baik dari segi dalaman dan luaran.mudah mudahan. aminnn,

tahu tak aku rasa bahagia sangat bila aku tengok seorang lelaki membantu isterinya mencuci dan menjaga anaknya yang baru lahir. si suami sanggup tido di luar ward demi menjaga baby serta isterinya, si suami juga memberi feeding kepada baby tanpa menyusahkan isterinya yang sedang berpantang, ya Allah di saat tu aku berasa sangat teruja, masih adakah suami yang seperti itu? aku berasa sangat kagum. alangkah bahagianya jika aku dianugerahkan tuhan suami sebaik itu:)
sesuai tak jadi ibu?


tetiba jugak aku rasa eksaited kemainn nak kahwin!
ommjayyy!


aku tidak dapat ekspresikan apa yang aku rasakan sekarang nie. jiwa aku lain. 
kenapa ya?
atau telah terbit naluri keibuan dalam diri aku?
tettttt.

buibui 
assalamulaikum.

*habis den kalau mak den baco entry nie.haha

Tuesday, September 20, 2011

update seperti lipas kudung!

assalamualaikum.
may god bless all of you :)

nahh. update sepantas halilintar nie. aiyakkkk! tehee;'D
LAHHH, aku baru teringat actually entry sepatotnya di tulis pada 18SEMPTEMBER meh!
aisehhhh,aku lagi sedang sibuk lah itu masa. sangatlah maaf yep:)

oriteee,on that day we'all i mean saya(intan nazihah) *nak jugak tulis nama tuh:) farah azreen, hazirah zaki dan kawan telah melancong dengan secara tak rasminya ke Teluk Batik:)
  
okay okay layan gambar dulu ye uolls:)

my lovely adik:) alang tomey!

my roommadoo.hehe cik hazirah zaki yang sweet:)

see how tombam am i.haha.
hazirah kecik je kan,aisehh jeleshhh=.=

kami suka tengok mamat henshemmmm kan?

don't get jealous he's my glucose daddy yaww!

ONE MALAYSIA VERSION HUDUS!

missi polis lahhh:)

alalala zirah yang baik nie,hehe

lang? mau BO ka?

aiiiii aiiii captain:)


ehhh, teruknye muka aku.alahaiii ;p

euuww,hehe


three of us,XOXOo


model of the year.




tu jelahhh kot,saje je nak bagitaw aku pegi teluk batik:P
lalalallaaalaa.
thanks kepada kawan saya yang sudi bawak kami bertigaa.
terima kasihh pakcikkkk.hahaaahaaha

till we meet again:)

buibui ladies and gentleman.
assalamualaikum.


peace yooo!