assalamualaikum kalian semua:(
sorry i cant smile anymore. so sorry guys.
seriously aku rase buat semua benda jadi tak kena.tak tahulah kenapa.
mungkin aku kurang mendapat perhatian* atau aku saja yang berasa sebegitu rupa.
sumpah aku rasa lonely gila sekarang nie disebabkan semua orang sibuk sangat dengan urusan masing masing kan.semua ade komitmen sendiri. ya Allah bosannya aku:'(
2nd day cuti-
petang tadi keluar bersama cik zaza ke pizza hut.and we spend almost 3 hours together.sumpah aku sangat rindu ini budak:) aku happy sangat dapat jumpa zaza,tapi seha pulak yang takde.tapi kira okay dapat jugak jumpa kawan kawan seperjuangan aku time kocik kocik dolu.hehe
usai semua tu aku bertemankan abang aku pon bergegas lah pulang ke rumah sambil membeli sedikit buah tangan memandangkan adik aku tu suke bebenor dengan KFC.bukan main seronok adik aku bila dapat tahu aku beli KFC.adik adik.comel betol! kemudian aku pon tanyalah adik aku nie.adik makan ape? adik pon jawab: mana makan ape lagi.
aku: haik?takkan mak tak masak?
adik: mak masak tapi mak goreng ikan je.
aku: ouh.*dalam hati: ya Allah betapa kesiannya kat adik adik aku.
aku pon dengan pantasnya membuka tudung saji dan hanya kelihatan adalah 3 ekor ikan goreng,
betapa sebaknya aku hingga menitis air mata aku.namun dengan cepat cepat aku menyeka airmata ku.
bukan kerana aku sedih kerana tidak mensyukuri rezeki yang Allah kurniakan pada hari ini tetapi aku sedih kerana selama ini mak ku tak pernah menyediakan lauk seperti tu.
mungkin mak terlalu sibuk agaknya.tetapi dulu walau sesibuk mana pon mak aku, mak tak pernah lupa untuk masak lauk kegemaran kami.mak sentiasa tanya kami adik beradik untuk masak ape.
sumpah aku sangat sedih. first time aku balik mak aku tak menyediakan masakan kegemaran aku:(
mak kakak rindukan mak yang dulu:'(
mak kakak nak mak layan kakak macam dulu walaupon sekejap saja pon sudah memadai mak.
mak,kakak tahu mak penat,kakak tahu mak sibuk mencari rezeki kepada kami.
kakak mintak maaf kalau kakak tak boleh tak faham keadaan mak:(
mak sejak akhir akhir nie mak sering bersendirian kan?
kakak nak borak borak dengan mak setiap kali lepas solat maghrib macam dulu. tapi bile tadi kakak datang mak dah tidur.hancur harapan kakak nak cerita pengalaman kakak dekat mak.kakak nak mak orang pertama yang dengar semua cerita kakak.hmmm,takpelah.mungkin mak penat kan.kakak rindu nak dengar gelak tawa mak.mak cepatlah sembuh ye:) kakak janji akan jaga mak ye.
bila kakak nak manja dengan mak, mak dah tidur.kakak sedih sebab kakak jarng balik sebab selalu sibuk.jadi setiap kali kakak balik kakak harapkan kasih sayang mak sangat sangat.mak lepas nie jangan sibuk sibuk dah ye.biar kakak yang bantu keluarga kita ya.kakak janji mak.
bila mak sibuk kakak cari adik,tapi adik sibuk buat latihan dengan kerja rumah.ayah pon sama.kakak sunyi sangat.kakak tak tahu nak mengadu dengan sapa lagi.kakak ade mak,ayah dan adik beradik je untuk mengadu semua masalah.tapi semua tak pedulikan kakak:(
kakak rindu waktu lalu kita masak sama sama,mak masak lauk kegemaran kakak.kakak suka sangat sampai kakak makan banyak dan merungut berat badan naik.hehe.kelakar kan mak.tapi kakak tak kesah janji dapat manja dengan mak.tapi tu semua dulu kan?
mak,
kakak jelez dengan kawan kawan kakak.diorang balik mak diorang masak masakan kegemaran diorang.
tadi kakak message dengan kawan kakak pastu dia tanya dah makan ke belom? kakak cakap dah.
kakak tanya balik kamu makan ape.lepas tu dia jawab mestilah makan makanan yang mak kita masak:)
sedih kakak time tu sebab mak tak masak masakan paveret kakak:'(
mak.kakak minta maaf sebab mungkin kakak terlalu emosi sampai rasa mak dah tak sayangkan kami semua.
kakak tahu hakikatnya mak sayangkan kami semua kan mak.
mak.kakak sayang mak sangat sangat.sampai bila bila mak tetap ade dalam hati kakak.
mak kakak sanggup bekorban apa saja walaupon nyawa kakak demi mak.
mak kakak nak mak sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman paling indah di dalam dunia nie yang pernah kakak lihat.
i love you so much mak
ya Allah.aku bermohon padaMu
sembuhkanlah mak kami.hamba merayu padamu.
jadikanlah mak kami sebagai hambamu yang tabah dan kuat.
kurniakanlah tubuh badan dan akal yang sehat kepada mak kami
amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment