Thursday, January 17, 2013

one word

Assalamualaikum wbt

sorry kalau luahan saya harinie merimaskan dan memualkan kalian semua. as i said my blog just like my diary which is place where i love to tell and story anything that happened to me. kalau u guys tak suka takpe its okay:) i just fine.

first of all the one word that i mentioned is SORRY MAAF.
saya tak tahu nak mulakan macam mana sebab saya tak pernah rasa bersalah sangat sangat sampai macam nie. saya rasa nak buat entry nie right after saya tutup lampu nak tido then i got message from somone. and i was like hmmmm.. u guys pernah tak rasa bersalah sangat sangat? tapi seriously saya pernah dan tengah melaluinya sekarang nie and i was like guilty sangat sangat. IF masa boleh diputarkan semula.. IF i can turn back. semuanya IF IF IF.. but i can't... sumpah dah tak boleh patah balik.

saya tak tahu dimana salah dan silapnya yang saya pasti semuanya berakhir dengan sekelip mata. sekejap sangat. mungkin salah saya atau mungkin salah orang lain tak perlu saya sebutkan disini. 2 tahun perkenalan dan persahabatan yang dijalankan berkesudahan dengan perpisahan. sedih? bohong kalau saya katakan saya tidak sedih dengan perpisahan ni. tapi apakan daya saya, saya mencuba yang terbaik tapi mungkin ada hikmahnya disebalik semua ini.

sepanjang perkenalan saya dengan beliau banyak benda yang saya pelajari dan lalui. suka duka ketawa dan airmata sentiasa menjadi peneman. sering juga ada salah faham berlaku tetapi saya masih boleh mengharunginya tetapi tidak kali ini mungkin kerana terlalu banyak saya korbankan dan mungkin kesabaran saya telah dibatasi. mungkin luarannya saya nampak tenang dan banyak menerima tapi hakikatnya hati saya yang terluka sendiri. saya cuba untuk ubati hati saya tapi saya gagal. mungkin luka luka yang lama masih belum sembuh sepenuhnya sehinggakan kamu mewujudkan luka yang baru.

awak.
saya mintak maaf atas apa yang berlaku, saya tahu dimata awak semuanya salah saya kan? saya tahu memang saya salah tapi pernah tak sekali awak tanya pada saya 'pernah tak saya buat salah kat awak?' tak pernah kan? pernah tak awak pedulikan saya jikala saya dilanda masalah. pernah tak awak tahu hati dan perasaan saya? pernah tak awak. kalau awak nak tahu saban hari saya tunggu awak tanyakan saya soalan tu tapi hampa.. saya tak pernah dapat jawapan tu. saya jauh hati dengan awak bila awak lebih utamakan kawan kawan awak dari saya. yaa, saya tahu kawan kawan awak lebih banyak membantu dan sentiasa disisi awak berbanding saya, saya tahu semua tu. tapi siapa saya bagi awak? awak lebih banyak luangkan masa dengan kawan kawan awak sedangkan saya hari hari bermati matian tunggu awak. dulu saya ingat bila kita jauh kita susah nak berhubung dan berbual tapi bila saya dekat dengan awak semuanya sama je. tak ada satu pun yang berubah. awak boleh saya tahu siapa saya dimata dan hati awak. siapa saya bagi awak. awak saya tahu banyak dugaan yang kita lalui selama ni. saya tahu kawan kawan awak bencikan saya dan berterusan menyalahkan saya. saya juga tahu mesti mereka suka atas apa yang berlaku atas kita kan? saya tahu dan saya sedar saya tak layak untuk awak tapi saya tak sepatutnya dihukum sampai macamnie awak...
awak saya tahu awak bencikan saya  sehingga nak pandang muka saya pun awak dah tak sudi kan? saya ingat saya dapat jumpa awak buat kali terakhir sebelum awak ambil keputusan untuk pergi jauh dari sini tapi sayangnya tak. saya tahu awak ada datang ke sini untuk uruskan hal awak tapi kenapa awak tak jumpa saya awak? hina sangat ke sampai awak taknak jumpa saya langsung? kalau awak masih sayangkan saya kenapa awak tak berusaha untuk jumpa saya walau sekejap. tapi awak pergi macamtu jee, sedihnya saya Allah je yang tahu. saya menangis tak siapa tahu awak. sedih sangat. awak cakap walau ape pon berlaku awak akan persahabatan kita tapi kenapa sekarang awak makin menjauh. saya tahu banyak salah dan silap saya pada awak. banyak dosa saya pada awak. saya tahu awak terluka bila saya mengambil keputusan memilih yang lain. saya tak berniat nak lukakan awak ini semua takdir.biarlah saya mencari ketenagan baru untuk rawat luka saya, saya dah lama maafkan awak. anggaplah kita tiada jodoh. saya harap awak temui kebahagiaan yang awak tak peroleh sepanjang bersama saya. saya doa awak akan jumpa pengganti yang beribu kali lebih baik dari saya. saya harap bila awak dah jumpa pengganti baru beri perhatian pada dia, jaga dia sebaik mungkin jangan ulangi kesilapan yang lalu. peduli pasal dia jangan sesekali abaikan dan sakiti dia. kalau awak nak tahu perempuan cuma mahukan perhatian tu je. utamakan dahulu dari kawan kawan.

awak. walaupon apa yang jadi saya takkan lupakan awak dan persahabatan yang kita jalinkan selama 2 tahun nie. saya nak awak tahu mengenali awak bukanlah sesuatu yang saya sesali tetapi saya bersyukur ditemukan dengan awak sebab mengenali awak saya lebih banyak belajar erti hidup. terima kasih awak atas segalanya.

saya INTAN NAZIHAH ZAMRI memohon seribu kemaafan dari awak.
maafkan saya awak.
MAAF.

No comments: