Monday, September 26, 2011

saya bukanlah sesempurna awak :(

assalamualaikum kalian semua.
may Allah bless all of you (:

pada mulanya saya ingin memohon beribu serta berjuta juta kemaafan jika ada di antara anda yang terasa hati dengan entry saya ini, tetapi niat saya hanya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya beserta pihak lain. sekali lagi saya memohon kemaafan.

saya rasa perubahan sesuatu kearah kebaikan adalah amat baik sekali. saya tak nafikan malah saya juga menyokongnya, tetapi ingatlah keatas apa perubahan kita itu? adakah ikhlas kerana Allah SWT ataupon pihak lain? maksud saya atas dorongan orang lain.

yaa.memang dorongan orang lain itu tiada salahnya, masalahnya jangan lah kita berubah hanya disebabkan kita terlalu taksub dan tagihkan cinta seseorang itu. ianya umpama kita tidak ikhlas kepada Allah atas apa yang kita lakukan. bahkan kita lakukan semua itu hanyalah untuk menarik perhatian lelaki itu supaya mengatakan bahawa anda itu seorang perempuan yang muslimah. saya mengakui saya juga bukan lah seorang wanita yang baik dari setiap aspek, tetapi saya dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, saya teringat lagi kata kata ustaz saya, jika ada orang menegur kita, kita haruslah dengar apa yang disampaikan, jangan sesekali lihat orang itu tetapi dengarlah apa yang dikatakan itu walaupon orang itu bukanlah orang yang baik.

ustaz saya dengar cakap ustaz tu, tapi sampai satu tahap saya dah tak dapat nak tahan lagi. dia sering menegur kesalah orang lain sedangkan dia langsung tak pernah nampak salah dia. bahkan dia tak pernah untuk memperbaikinya. saya sedih sangat:( terlampau banyak perubahan yang berlaku, semuanya berlaku dengan pantas. saya tak kesah anda nak tegur siapa yang anda suka tapi anda cerminlah diri anda dulu sebelum berkata kata. tahukah anda terlalu ramai yang terguris dengan kata kata anda. tak kasihankah anda kepada kami?

*anda berubahlah dahulu sebelum anda berkata perihal keburukan orang lain.
*tolonglah  jangan berubah dan hanya disebabkan lelaki yang belum tentu halal untuk anda.
*ingatlah setiap percakapan kita melambangkan diri kita sendiri.
*kita hanya mampu merancang tetapi Allah dah takdirkan segalanya untuk kita.

saya sentiasa berdoa semoga anda dan diri saya sendiri yang kerdil ini sentiasa menjadi insan yang mendapat keredhaan Allah.
semoga saya dan anda semua berubah kerana ikhlas kepada Allah bukanlah disebabkan faktor lain.



saya memohon kemaafan buat kesekian kalinya di atas kepincangan bahasa saya ini.
maafkan saya kerana saya juga insan yang lemah yang meluahkan rasa yang lama terbuku hingga tidak mampu menahannya lagi. 
maafkan saya.

assalamualaikum






Thursday, September 22, 2011

perubahan hormon gamaknye;p

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you ;)

firstly nak ucap tahniah kat semua ibu ibu yang berjaya melahirkan anak dengan selamatnya.
huyeyyyyy! sukanyaaa.

aku tak tahu nak buat entry ape actually, tapi dengan tetiba pulak aku rasa hormon dalam badan aku dah macam sewel sikit kot gamaknya.so terlintaslah aku nak buat entry nie.
entry agak berbahaya *sila salahkan hormon aku. haha

sejak sejak masuk ward baby nie aku tak tahulah kenapa bila aku tengok muka baby mesti akan rase tenang jee. sumpah aku tak menipu. nie betol punya tiada rekaan okay. aku rasa macam cool gila tengok baby tido.
dan bermulalah aku rasa nak peluk peluk, dakap dakap and kiss baby tu banyak banyak! wahhh sangat cool kot!
dulu aku tak pernah suka baby mahupon budak kecik! sebab bagi aku diorang sama je.keje nak melalak bagai.sakit telingo den taw, tapi tu semua dulu ye* sekarang dah macam lain gila. aku rasa aku punya karekter dulu dengan sekarang totally 100% dah macam berubah. acecececcee! hehe
sekarang aku pantang nampak baby, semua aku nak terkam first sekali aku akan cubit pipi dia yang gewbu gewbu tu! eiiiiii.geramnyaaa.
seronoknya kan ada anak sendiri:) 
alangkah bahagianyaaaaaaa.

comel kan? cool taw dapat peluk!

tenangnya hati tengok baby:)

auw cakkk!

aku tak tahu kenapa sekarang aku cuba untuk menjadi seorang wanita yang sopan.aku tak nak jadi perempuan tapi aku nak jadi wanita, aku cuba untuk bersifat matang, sabar, tidak menjerit melalak macam anjing tersepit tu.hiperbola sungguh,haha
aku cuba menjadi lemah lembut, aku tak berpura pura tapi aku akan berusaha untuk berubah:) doakan ye.

tapi kenapa aku jadi macam tu ea? kenapa aku rasa macamnie? perlu ke perubahan tu. aku teringin sangat nak jadi wanita yang baik dari segi dalaman dan luaran.mudah mudahan. aminnn,

tahu tak aku rasa bahagia sangat bila aku tengok seorang lelaki membantu isterinya mencuci dan menjaga anaknya yang baru lahir. si suami sanggup tido di luar ward demi menjaga baby serta isterinya, si suami juga memberi feeding kepada baby tanpa menyusahkan isterinya yang sedang berpantang, ya Allah di saat tu aku berasa sangat teruja, masih adakah suami yang seperti itu? aku berasa sangat kagum. alangkah bahagianya jika aku dianugerahkan tuhan suami sebaik itu:)
sesuai tak jadi ibu?


tetiba jugak aku rasa eksaited kemainn nak kahwin!
ommjayyy!


aku tidak dapat ekspresikan apa yang aku rasakan sekarang nie. jiwa aku lain. 
kenapa ya?
atau telah terbit naluri keibuan dalam diri aku?
tettttt.

buibui 
assalamulaikum.

*habis den kalau mak den baco entry nie.haha

Tuesday, September 20, 2011

update seperti lipas kudung!

assalamualaikum.
may god bless all of you :)

nahh. update sepantas halilintar nie. aiyakkkk! tehee;'D
LAHHH, aku baru teringat actually entry sepatotnya di tulis pada 18SEMPTEMBER meh!
aisehhhh,aku lagi sedang sibuk lah itu masa. sangatlah maaf yep:)

oriteee,on that day we'all i mean saya(intan nazihah) *nak jugak tulis nama tuh:) farah azreen, hazirah zaki dan kawan telah melancong dengan secara tak rasminya ke Teluk Batik:)
  
okay okay layan gambar dulu ye uolls:)

my lovely adik:) alang tomey!

my roommadoo.hehe cik hazirah zaki yang sweet:)

see how tombam am i.haha.
hazirah kecik je kan,aisehh jeleshhh=.=

kami suka tengok mamat henshemmmm kan?

don't get jealous he's my glucose daddy yaww!

ONE MALAYSIA VERSION HUDUS!

missi polis lahhh:)

alalala zirah yang baik nie,hehe

lang? mau BO ka?

aiiiii aiiii captain:)


ehhh, teruknye muka aku.alahaiii ;p

euuww,hehe


three of us,XOXOo


model of the year.




tu jelahhh kot,saje je nak bagitaw aku pegi teluk batik:P
lalalallaaalaa.
thanks kepada kawan saya yang sudi bawak kami bertigaa.
terima kasihh pakcikkkk.hahaaahaaha

till we meet again:)

buibui ladies and gentleman.
assalamualaikum.


peace yooo!



Sunday, September 18, 2011

(gelenya)bahasa kelate* sungguh budak budak nie.tak padan dengan bawah umur.

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you :)

tajuk macam marah semacam kan? memang marah gila tak ingat okay! grrrr. kurang hasem punya budak budak.
ceritanya terjadi bila aku dengan kawan baik aku merangkap adik saya pergi menghiburkan hati yang sedang berduka lara nie dengan menonton wayang. sebelum wayang start adik saya si alang nie pon ajak lah saye ke karaoke box, memandangkan nak lepas tension aku pon follow jelah.

baik punya check in aku dengan pantasnya memilih lagu apa untuk DISUMBANGKAN.haha.
nahhh, i got it.tengah feeling bebeh walau suara tak sedap tetiba ade sekumpulan makhluk Allah yang entah dari mana datangnya mereka ini.alahaiii budak lagi kot! *nasib den locked pintu.fuhhh selamat:)

ade ke dok tarik2 pintu suruh bukak sebab nak masuk! WTF lah kann.grrrrrr,shuhhh lah wehhh.aku nak feeling pon kacau tangkai.ishhh. aku dengan muka kerek pegi kat pintu then aku tanya apehalll korang nie?
then budak tu cakap nak nombor aku, walahhhhh gila apa muka macam tak puberty lagi.haha!
then mulalah sesi gebang menggebang aku.haha.

first-aku cakap aku tak boleh bagi nombor telefon
second-aku cakap aku nie umur dah 24 hakikatnya aku 19 lah wehhh! *ciss haremm diorang tak caye pulak.ishhh nie begang nie. diorang still berusaha gak tuh..

third-aku cakap aku dah bertunang! haha time nie lawak! aku siap gelak lagi.haha sengal nak berlakon tak reti.
forth-aku kasi tunjuk gambar kawan aku kebetulan ade gambar die dalam fon aku.haha aku cakap die tunang aku. gila statement berani gantung diri tuh.hehe

lastly-aku tunjuk gambar bf alang aku sebab bf die polis, then aku menggebang mereka dengan berpura pura call.apalagi bercicir mereka lagi.haha

 gebang-tipu.


moral of the story sila pandai menipu jika berlaku situasi seperti diatas:)
****aku tak paham dengan budak budak sekarang, 
semua orang nak kacau! gatal gile wehhh****
under age kan.jangan nak ngade sangat lah kan.sekolah bagi habis dulu ye adik baru ngorat akak! ahaha getiss nyahhh.

buibui.

assalamualaikum.

Sunday, September 11, 2011

jum main masak masak nak kengkawan. huehuehuee!

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you ;)

memandangkan hari nie hari ahad, aku dengan malasnye nak keluar ke pekan semata mata untuk makan je. *OMG pemalasnya aku,aku baru sedar.haha. yang si hencik perut nie meronta ronta dah untuk diisi.haishh ce sabaq sat, camne nie.si hencik perut nie dari tadi dok buat konsert tak habis habis, semua lagu dia balun habih! aishhhh..

dalam kekalutan dan kemalasan yang melanda tetiba aku teringat yang aku ade beli bahan mentah dalam fridge. dalam keadaan yang kemalasan aku phun merajinkan diri aku phun untuk ke dapur phun! nahhh. banyak rupenye aku beli semalam.mueheheh:p

tapiiiiiii.. aku tak pandai MASAK! ahhhh gasak lah dah lapar sangat nie. kesian si hencik perut nie.sabar ye sayang.

dok pikiaq punya pikiaq baru aku teringat aku ade duk tgok serta mengacau mak dan makcik aku masak haritu, kebetulan bahan bahan dah ada, ape lagi menggasaklahh aku dok siapkan barang,haha
pummmpanngggpummmpannng bunyi periuk belanga aku masak sampai terbangun housemate aku yang lain..adehhh,malu toqq~ hhehe. takpee cover macho lah sikit.cool bebeh,
nak taw ape yang aku dok pumpang kan kat dapur tu?
ce tekkkaaaa ce tekaaaa.haha

inilah hasilnyaaa..
tadaaaaaa...




maka inilah hasil air tangan aku setelah berhempas pulas terjatuh tergolek di dapur.muahaha.
senang je nak masak kau main campak je bahan bahan tu tapi jangan lah kau campak sampai ke rumah jiran sebelah kau sudehhh,bahaha:P
nampok bebenor menipunyeww!

*dan gara gara main campak lah tangan aku kene minyak panas,,hadehh sakit kot!
jadi *sila berhati hati semasa masak:) jangan campak campak tak baik kan anak dara giteww! kalau tak, padah le dapat bahana jadi macam aku:(

sekian saja resepsi kali ini.
ehhh,silap resepi kali ini lol.resepi untuk orang bujang yang malas tahap petala langit ke tujuh macam aku.
nanti nak masak yang power sikit lahh.haa! tengok aku suka masak sebenarnye cuma kemalasan sedikit phun! muehehe.

apasal aku masak masin ea? darah meninggilah aku nanti.tetiba teringat tok aku cakap yang orang masak masin masin nie dah nak kahwin selalunya! APAKAH? omjayyyy!

buibuiibuii~

assalamualaikum


Friday, September 9, 2011

heyyy.he's my BOYFRIEND okay. ^^

assalamualaikum kalian semua.
my god bless all of you :)

lama tak menghupdate kan? sorry busy dengan posting lahh.hehe.
maaf der!
dah taktaw nak buat entry ape dah sebab dalam otak aku hanya ada pasal obstetrics & gynecology sajaaaa.lalallallalaaaa!
smangat MP katakan.muehehee.kau hade ke?

so memandangkan semalam aku berbunga bunga sebab BF aku buat video call dowh! gila tak eksitedd kemain.haha.
mestilah eksiteddd kemain sebab rindu lah kat cik wanwan busuk nie! haha
nasib baik semalam sempat tarik tudung kalau tak free je kan.
aku shift pagi die pon shift pagi.nasib baekkk.kalau tak tak tahulah pukul bape tido.

gilaaaaa rindu kat awak lahhhh! 
tahu tak? mesti tak tahu punya laah:p




okaylahh buibui!

*thanx cik awak sudi ym dengan kita yang jauh dimata nie:) jangan lupa janji orang nak sekeh awak! haha;'D 

assalamualaikum.

Sunday, September 4, 2011

mungkin ada hikmah disebaliknya.

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you :)

aku hanya boleh cakap aku redha dengan segalanya. memang susah nak terima hakikat tapi apakan daya aku harus tempuhinya. ya Allah tabahkanlah hati hamba mu ini ya Rab:(

aku tak tahu mengapa aku berperasaan seperti ini.entahla aku buntu dan keliru dalam mencari identiti diri sendiri.
aku tidak tahu apa yang aku mahukan,hatiku membuak buak untuk berperasaan begini,aku tak minta semua itu.alangkah bahagianya jikalau aku tidak berperasaan ini.sungguh aku benci perasaan ini.sayangnya aku manusia yang acap kali diuji.
benarlah kata orang bila usia menjangkau dewasa bermacam dugaan yang mendatang.
to the main point
aku sedih,cemburu,terkilan:(
i feel so down.really down.
kawan kawan aku semua boleh bergembira dengan buah hati masing masing. aku cemburu! semua balik menceritakan kebahagiaan mereka.aku tumpang gembira walaupun dalam hati aku merintih.
*mesti korang fikir aku nie desperate dengan lelaki kan? ape yang korang fikir takkan pernah sama dengan apa yang ada di benak hatiku,
tidak salahkan untuk mempunyai perasaan sebegitu kan? bukan kah itu lumrah?
ya.dan sekarang lumrah itu datang mengganggu fikiran dan perasaan aku.tidak aku pinta ia untuk hadir,kerana ia hanya akan membuatkan aku jadi celaru.kawan aku ada yang bakal bertunang tidak lama lagi.untunglah mereka.sekurangnya mereka mendapat restu kedua ibubapa mereka.untungla.
tetapi bagi aku.tidak pernah sama sekali untuk dapat peluang itu semua.sedangkan berkawan dengan lelaki pon sudah menjadi isu bagi keluargaku.sesungguhnya keluargaku amat menjaga setiap perhubungan anaknya.
sedangkan berkawan pon sudah di tegah inikan pula bertunang.
jadi janganlah seringkali bertanya aku mengapa aku masih belum berpunya,kerana berhubungan itu amat menakutkan aku.aku pegang kepada amanat ibuku.akan sentiasa tergenggam semat di hatiku.jadi biarlah aku memendam perasaan ini sehingga aku terdaya.aku doakan yang terbaik selalu.

mungkin ada hikmah disebaliknya.

assalamualaikum.

Friday, September 2, 2011

RAYA oh Raya! dua ribu sebelas~

assalamualaikum kalian semua.
may god bless all of you ;p

since kita semua tengah beraya kan, so mood raya tu masih ada kan kan?
disebabkan itu aku nak berkongsilah sedikit sebanyak macam mana dengan sambutan raya aku kali nie.
bagi aku sejak sejak aku dah berganjak umur ke 18 tahun raya aku dah macam takde lah best sangat.
sebabnyaaaa aku tak dapekkk duettt rayaaa! sedih gila tak hengat! sungguh tak aci kenapa dah habis skolah tak dapat duit raya! ishhh discrimination betol.grrr, sekarang tengok budak budak semua lagi kayo dari aku bile time raya, sungguh tidak boleh dibiarkan! *hasad dengki menular. haha

dah dah.nanti macam macam bahasa aku keluar,heee:P

let's begin with HARI RAYA PERTAMA!
*sorry lah kalau sape yang nak datang beraya ke rumah tok aku raya pertama.sebab kami semua pergi zirah kubur:)

kakak:), kakcik, dekna. *musuh ketat haha


my second hero! abid

imam muda faiz.waahaha

this is my super hero! since sangat kushuk memandu tak sempat nak ambik gambar:) malu katanya! hehe

kakcik, never berbaik walau sesaat! sila jgn percaya!

sama tak kami?

adikna nak nombor boleh?

this is my super heroin! lap you mak<3


meretiskan diri sejenak! 

zzzZZzz

my third hero:) muhd sufi

okay our first raya begins dengan bersalam salaman serta sesi meminta ampun.hehe.then terus zirah kubur arwah tokwan, arwah along dan sedara mara.
Al-Fatihah.
kemudian kami semua berangkat ke Ijok untuk beraya di  rumah tok long:)
semua gambar diatas dia ambil di Ijok.

oriteee SECOND DAY RAYA!
* sunset for second daya raya:)
we celebrated our second daya raya at Senangin Bay!
memang dah jadi tradisi gamaknyee.hehe

abangcik with his PSP

MUHAMMAD RIDZUAN dengan ice creamnya! baru 6 bulan nak makan icecream.ish budak kecik nie.



mr.crab!



big family^^

uda saya:)

my gojes kazen.

lunch timee:)

my eldest brother! abang besar.haha


 
acu with her second daughter~

my ayah cool~

paktam! troublemaker,muahahaha

best tak hengat tahap petala ke lapan!
walaupon aku tak mandi sekali.
*aku jaga kulit,haha bajet!

korang layan gambar jelah malas nak taip.hehe

next please:)

see! i wrote my Boy Friend's name!



muka tahan panasss.




baru aku perasan banyaknye gambar aku! 
haha.

okaylahhh,
buibui semua.

assalamualaikum.