Tuesday, August 16, 2011

7 tahun satu penyiksaan and14 days to go:)

assalamualaikum kalian semua
may Allah bless all of you :)

yepp.seriously ini bukan satu jenaka. 14 hari je lagi untuk meneruskan amalan berpuasa di bulan ramadhan al-mubarak nie. rasanya macam cepat je waktu berlalu, dalam tak sedar kita bakal meninggalkan ramadhan tidak lama lagi. rasa macam sedih pulak nak tinggalkan ramadhan yang mulia nie :(

well,setiap yang berlaku mesti akan pergi.

sebenarnya belog aku mostly banyak menceritakan perihal kehidupan aku seharian, kerana bagi aku belog adalah tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan.
mungkin setengah orang tak suka, tapi aku tak pernah kesah pon kerana bagi aku setiap orang ada hak masing masing untuk membuat keputusan :)

sepanjang ramadhan nie banyak sangat benda yang dah aku lalui. termasuklah dugaan tidak dapat pulang ke rumah * HOMESICK!
tapi kan sumpah aku cakap ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang sangat bermakna bagi aku.
aku tak tahu kenapa tapi seriously aku bagitahu sumpah aku tak akan sesekali lupa akan ramadhan tahun ini.
terlampau banyak pahit manis yang aku lalui sepanjang ramadhan kali.
ianya teramat lah manis dalam hidup aku bila orang yang aku tunggu selama nie dalam hidup aku memberikan aku satu jawapan yang sangat bermakna dalam hidup aku. 7 tahun bukanlah masa yang singkat bagi aku.
terlampau banyak dugaan yang aku lalui untuk terus menunggu orang yang istimewa dalam hidup aku.
bagi aku cinta pandang pertama tu wujud kerana aku sendiri mengalaminya. selama 7 tahun aku terus berdoa dan bertawakal kepada yang Esa supaya bukakan lah sedikit pintu hatinya untuk menerima kewujudan aku.
alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha aku, aku berjaya meluahkan segalanya kepada insan itu tanpa aku di kecewakan. syukur ya Allah sesungguhnya aku amat takut kehilangan dia kerana dia amat bermakna dalam hidup aku. dia lah insan pertama yang berjaya menyentuh hatiku.
aku gembira kerana tidak sedikit pon dia memarahi ku malah memberi respond yang luar dari aku jangkakan.
betapa baiknya dia. jika memang benar jodoh aku dengan dia maka Engkau tetapkanlah jodoh kami ya Allah. janganlah Engkau pesongkannya.
malah jika dia memang bukan milikku Engkau kurniakan lah aku insan yang lebih sempurna berbanding dia dan tabahkan lah hatiku ya Allah.

aminn.

semoga ramadhan kali  ini lebih baik dari ramadhan yang lalu.

assalamualaikum.

1 comment:

ini dia aNakManJaIbu :) said...

i loikeeeeee...
^___________________________^