cuma nak meyuarakan isi hati yang terbuku di sudut jauh hati ini.
mungkin aku tak boleh nak jadi yang terbaik
dan mungkin aku tak jadi yang sempurna seperti yang didambakan
aku dah sangka semua akan berlaku, percayalah dengan hati kecil sendiri.
aku rasa kerdil bila di samping dia. aku tak sehebat dan semegah dia.
banyak jurang antara kita yang membuatkan aku rasa diriku sangat terhina.
darjat menjadi ukuran kerana aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa apa.
betapa tak pantasnya aku untuk dia.
yaa,memang itu bukan menjadi ukuran kan? tapi semua itu hanya mulut yang berbicara. hati bagaimana pula?
aku rasa aku memang tak cocok sama dia. aku dapat rasakan. semakin lama semakin kuat:(
ya Allah bantulah hambamu yang buntu.
aku akui aku mungkin tak sama dengan wanita yang hebat di luar sana.tapi percayalah aku juga mempunyai kelebihan yang mungkin tidak di miliki oleh wanita lain.
aku jugak akui aku memang mempunyai kekurangan,
aku mudah merajuk
aku mudah marah
aku mudah meninggi suara
aku mudah melatah
aku mudah salah sangka
aku mudah cemburu
yaa,itulah aku,aku harap dia faham.
aku akan memperbaiki semua kelakuan aku itu.
tapi bolehkah aku hanya inginkan perhatian dari lelaki yang aku sayang?
boleh tak? walau hanya secebis. walaupon susah sangat kan.
aku marah sekali macam mana pon sedaya upaya aku sorok dari dia.
aku takkan sesakali biarkan dia tahu betapa marahnya aku.
mungkin kadang kadang dia sangkakan gurauan tetapi hakikatnya tidak.
walaupon hati aku yang terluka kerana sikap pendamnya aku.
permintaan terakhir boleh tak awak lebih memahami saya?
No comments:
Post a Comment