aku tak tahu kenapa dengan aku nie.
ape masalah aku nie.
aku tak faham dengan diri aku.
sungguh aku buntu.
RUPA PARAS.
aku rasa sangat tersisih.aku rasakan aku manusia paling tak berguna dan paling hina dalam dunia.
aku rasa takde confident langsung,kenapa dengan aku. aku rasa aku tak sesuai sangat bergaul dengan semua org sebab aku tak setanding dan secantik orang lain. aku rasa tak layak kawan dengan kawan kawan aku semua:(
aku rasakan aku lah paling buruk antara mereka semua.betol aku tak tipu!
aku tak cantik, ya aku tahu. aku tak secantik orang lain:(
aku malu nak bergaul dengan semua orang.mungkin sebab tu takde orang yang pedulikan aku.
aku tak kisah semua tuu,tapi kenapa aku rasa down sangat sangat.aku tak tahu nak cerita pada siapa.tapi aku hanya mampu untuk coretkan dalam dairi aku ini. betapa sebaknya aku kini:(
tapi inikan anugerah dari Allah.apakan daya aku.aku tak mampu mengubahnya.aku tidak pinta untuk sebegini.kenapa manusia kerap memandang luaran semata mata,pedihnya hanya aku yang rasa.
ENGI.
sungguh aku tak tahu bagaimana nak lupakan dia.aku dah lakukan bermacam cara untuk lupakan dia.tapi kenapa aku tak berdaya ya Allah:( apakah ini semua,aku sudah tak kuat untuk mengejar bayang cinta dia.makin kuat aku mencuba untuk hindarkan cinta makin kuat rasa itu datang,dia bukan milik aku,tetapi kenapa harus aku menanti dan peduli pasal dia? ya aku hamba cinta.bisik hatiku lepaskan dirinya sungguh aku tak bisa,biarlah aku sendiri tanpa kasih di hati:( betul aku tak tipu tiap haria ku mengharapkan dia untuk tegur aku,aku sentiasa menanti.menanti dan terus menanti.ya Allah pedihnyaaaa saat tu,tak tertanggung air mata ku.kerap kali aku menangis kerana dia.bukankah aku sudah tahu dia sememangnya tidak pedulikan aku,tetapi aku masih menantinyaa,mengapakah?apakah dugaan ini.kerap kali hati ini memikirkan dia.sungguh 7 tahun terlalu lama untuk aku lupakan,tak semudah itu,mungkin mulut boleh berbicara seperti itu.tetapi hati tidak mampu berdusta. ya Allah betapa hebatnya penangan dia:(
selagi aku masih di bumi teluk intan selagi itulah hatiku tidak tenteram dan sering menangis.kenapa aku tak kuat?kenapa aku mudah tewas?
tadi semasa aku di ward aku terlihat ada sebuah keluarga yang membawa sate, saat itu juga air mata ini jatuh berguguran tak tertahan.mengalir air mata aku tatkala itu kerana aku terlalu rindukan dia,kerana dia pernah hadiahkan aku sate sewaktu di awal pertemuaan kami.
ya Allah sungguh aku rindu detik tu,dia juga pernah berjanji akan membelikan aku sate lagi.tapi aku dapat rasakan janji tinggal janjiiiii :(
mungkin juga dia sudah lupakan kewujudan aku disini.
aku tak sanggup nak tinggal kat sini lagi.
aku tak berdaya lagi.
AWAK.
saya mintak maaf sebab tak dapat layan awak dengan baik.saya tak tahu kenapa.ape salah awak dekat saya sampai saya buat awak macamtu.tapi betapa kuat dan sabarnya awak,awak tetap pedulikan saya dan tetap sayang saya,saya tak tolak awak dan saya jugak taknak beri harapan kepada awak.saya takut awak yang terkecewa kelak.maafkan saya.mungkin saya juga sukakan awak tapi saya tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya kepada awak sebab saya belum bersedia awak:( saya takut hubungan kita putus dipertengahan dan awak terluka kelak.maafkan saya sekali lagi.saya terlalu takut kita tak dijodohkan dan tidak ditakdirkan bersama sebab itu saya tak dapat nak sayang awak sepenuh hati saya,awak sangat baik kepada saya sampai saya rasa saya terlalu kejam untuk awak kerana saya tak berlaku adil kepada awak mungkin saya suka awak tapi hati saya untuk orang lain.jahatkan saya? hmmm.saya kejam! awak saya doa agar awaklah jodoh saya kerana saya taknak dipermainkan sekali lagi,cukuplah sekali saya terluka teruk. saya mahukan lelaki yang boleh menjadi teman sehidup semati dan teman di saat saya berduka bukan sekadar teman untuk bergelak ketawa.jika benarlah awak jodoh saya alangkah bahagianya saya,kerana awak seorang lelaki yang begitu menyayangi saya. tapi saya yang buta.saya tak nampak kasih sayang yang awak beri pada saya,mungkin saya terlalu alpa dengan hasutan syaitan supaya lebih mengingati org lain berbanding awak.kenapa saya buta dengan semua tu? saya masih mengharap kasih yang tak mungkin menjadi milik saya. pedihnya hati ini:(
awak maafkan intan,jika kita memang ada jodoh,mungkin jodoh itu tidak kemana,
BIARLAH TAKDIR YANG MENENTUKANNYA~
ya Rab kuatkanlah iman hambamu ini yang hina ini.aku bermohon sesungguhnya padaMu sahaja aku bermohon. sesungguhnya setiap apa ketentuanmu pasti ada hikmahnya.aku redha.
1 comment:
you're a strong girl =)
Post a Comment