Sunday, November 27, 2011

huyeahhhhhh!

kite just nak bagitaw satu benda:)

kite nak bagitaw sangat sangat tapi kite segan. ngeee~

nahhhh kite hanya dapat tunjuk nie <3






yayyyyyy dah berjaya.

I LOVE YOU.

YESS! I LOVE YOU.

REALLY LOVE YOU!




I LOVE YOU SO MUCH 
MAK & AYAH.
heart them! big hugs for both of them,

mmmmmuaahhhhhhhhhhhhhhh:)

bye!





Thursday, November 24, 2011

shooooo shweetttt op yuuuuuu!

mood: sila lah dan tersangatlah retis yaw!


when people keep on asking you about me and you. simply you said "doakan kami" with your sweet smile.
nahhh so simple kan jawapan untuk soalan maut di kilometer 16 jalan tapah. *sangat merepek!


then, you always said that " i love you more than you love me"
dengan gigihnya pergi Google translate.
ouhh maksudnya saya sayang awak lebih dari awak sayangkan saya, baru tahuuu!

okbai~


Monday, November 21, 2011

W A N I T A itu hebat!

assalamualaikum kalian semua:)
may Allah bless all of you:)

title for entry today is WANITA itu hebat!


eh betul ke? bukti ade ke? tanya kaum adam.


kalian tahu tak, mesti tak tahu kan so mari tantan bagitahu bahawa jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.


Kepada wanita jugaklah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka ini wanita, dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. *Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus kan?




Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, 
kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja:-
negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.


Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.


Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.


Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.


Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.


selamat berusaha untuk menjadi yang lebih terbaik:)


assalamualaikum.

Monday, November 14, 2011

hey you! i just wanna say good luck:) from far but the fact is near.

assalamualakum kalian semua
may Allah bless all of you :)

kalian semua sihat tak? so macam mana dengan yang dah habis exam,yang tengah exam dan yang bakal menduduki exam?
nahhh, kat sini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang ada istilah exam dalam kamus hidupnya okeng>.< hehe, i mean okay.

to the main point:)
saya tahu ade sorang kawan saya nie stalker tegar saya. *err perasan kan kau nih! haha who cares:P
cik awak saya nak ucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan yang awak sedang lalui. saya tahu dan yakin 250% yang cik awak boleh buat punya laaah! cik awak budak pandai dan bijak sebab tu sayang lebih.ehhh tak tak saya gurau je,teheeee;) maintain with your dean list okay. go cik awak gooooo! jyeahhhh.

saya kat sini sentiasa doakan yang terbaik pada cik awak. hari hari doa supaya hari hari awak sentiasa dan ceria disamping orang yang cik awak sayang. (agak agak saya masuk dalam list tak? hehe)

cik awak kene buat yang sehabis yang baik mungkin sebab cik awak kene jadikan cita cita cik awak tu satu kenyataan, semoga cik awak berjaya menjadi DR kelak.aminnnn:) *untung laaa.

cik awak jangan nervous taw masa jawab exam tu. 
*aku lebih lebih nasihatkan orang padahal time exam akulah yang paling nebesss dalam dunia! awok nebessss:P

semoga cik awak baca entry saya kali nie:)
byeee cik awak!

ouhhhyaaaa, lupa nak bagitahu. if cik awak dean list kali nie nanti saya belanja okay?
emmmm belanja aiskerim pop seposen tu boley tak?
heehe. kidding^^

assalamualaikum.

Thursday, November 10, 2011

aku yang lemah

aku tak tahu kenapa dengan aku nie.
ape masalah aku nie.
aku tak faham dengan diri aku.
sungguh aku buntu.


RUPA PARAS.
aku rasa sangat tersisih.aku rasakan aku manusia paling tak berguna dan paling hina dalam dunia.
aku rasa takde confident langsung,kenapa dengan aku. aku rasa aku tak sesuai sangat bergaul dengan semua org sebab aku tak setanding dan secantik orang lain. aku rasa tak layak kawan dengan kawan kawan aku semua:(


aku rasakan aku lah paling buruk antara mereka semua.betol aku tak tipu!
aku tak cantik, ya aku tahu. aku tak secantik orang lain:(
aku malu nak bergaul dengan semua orang.mungkin sebab tu takde orang yang pedulikan aku.
aku tak kisah semua tuu,tapi kenapa aku rasa down sangat sangat.aku tak tahu nak cerita pada siapa.tapi aku hanya mampu untuk coretkan dalam dairi aku ini. betapa sebaknya aku kini:(


tapi inikan anugerah dari Allah.apakan daya aku.aku tak mampu mengubahnya.aku tidak pinta untuk sebegini.kenapa manusia kerap memandang luaran semata mata,pedihnya hanya aku yang rasa.


ENGI.
sungguh aku tak tahu bagaimana nak lupakan dia.aku dah lakukan bermacam cara untuk lupakan dia.tapi kenapa aku tak berdaya ya Allah:( apakah ini semua,aku sudah tak kuat untuk mengejar bayang cinta dia.makin kuat aku mencuba untuk hindarkan cinta makin kuat rasa itu datang,dia bukan milik aku,tetapi kenapa harus aku menanti dan peduli pasal dia? ya aku hamba cinta.bisik hatiku lepaskan dirinya sungguh aku tak bisa,biarlah aku sendiri tanpa kasih di hati:( betul aku tak tipu tiap haria ku mengharapkan dia untuk tegur aku,aku sentiasa menanti.menanti dan terus menanti.ya Allah pedihnyaaaa saat tu,tak tertanggung air mata ku.kerap kali aku menangis kerana dia.bukankah aku sudah tahu dia sememangnya tidak pedulikan aku,tetapi aku masih menantinyaa,mengapakah?apakah dugaan ini.kerap kali hati ini memikirkan dia.sungguh 7 tahun terlalu lama untuk aku lupakan,tak semudah itu,mungkin mulut boleh berbicara seperti itu.tetapi hati tidak mampu berdusta. ya Allah betapa hebatnya penangan dia:(
selagi aku masih di bumi teluk intan selagi itulah hatiku tidak tenteram dan sering menangis.kenapa aku tak kuat?kenapa aku mudah tewas?
tadi semasa aku di ward aku terlihat ada sebuah keluarga yang membawa sate, saat itu juga air mata ini jatuh berguguran tak tertahan.mengalir air mata aku tatkala itu kerana aku terlalu rindukan dia,kerana dia pernah hadiahkan aku sate sewaktu di awal pertemuaan kami.
ya Allah sungguh aku rindu detik tu,dia juga pernah berjanji akan membelikan aku sate lagi.tapi aku dapat rasakan janji tinggal janjiiiii :( 
mungkin juga dia sudah lupakan kewujudan aku disini.
aku tak sanggup nak tinggal kat sini lagi.
aku tak berdaya lagi.


AWAK.
saya mintak maaf sebab tak dapat layan awak dengan baik.saya tak tahu kenapa.ape salah awak dekat saya sampai saya buat awak macamtu.tapi betapa kuat dan sabarnya awak,awak tetap pedulikan saya dan tetap sayang saya,saya tak tolak awak dan saya jugak taknak beri harapan kepada awak.saya takut awak yang terkecewa kelak.maafkan saya.mungkin saya juga sukakan awak tapi saya tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya kepada awak sebab saya belum bersedia awak:( saya takut hubungan kita putus dipertengahan dan awak terluka kelak.maafkan saya sekali lagi.saya terlalu takut kita tak dijodohkan dan tidak ditakdirkan bersama sebab itu saya tak dapat nak sayang awak sepenuh hati saya,awak sangat baik kepada saya sampai saya rasa saya terlalu kejam untuk awak kerana saya tak berlaku adil kepada awak mungkin saya suka awak tapi hati saya untuk orang lain.jahatkan saya? hmmm.saya kejam! awak saya doa agar awaklah jodoh saya kerana saya taknak dipermainkan sekali lagi,cukuplah sekali saya terluka teruk. saya mahukan lelaki yang boleh menjadi teman sehidup semati dan teman di saat saya berduka bukan sekadar teman untuk bergelak ketawa.jika benarlah awak jodoh saya alangkah bahagianya saya,kerana awak seorang lelaki yang begitu menyayangi saya. tapi saya yang buta.saya tak nampak kasih sayang yang awak beri pada saya,mungkin saya terlalu alpa dengan hasutan syaitan supaya lebih mengingati org lain berbanding awak.kenapa saya buta dengan semua tu? saya masih mengharap kasih yang tak mungkin menjadi milik saya. pedihnya hati ini:(


awak maafkan intan,jika kita memang ada jodoh,mungkin jodoh itu tidak kemana,
BIARLAH TAKDIR YANG MENENTUKANNYA~


ya Rab kuatkanlah iman hambamu ini yang hina ini.aku bermohon sesungguhnya padaMu sahaja aku bermohon. sesungguhnya setiap apa ketentuanmu pasti ada hikmahnya.aku redha.



Wednesday, November 9, 2011

mungkin memang benar.

cuma nak meyuarakan isi hati yang terbuku di sudut jauh hati ini.




mungkin aku tak boleh nak jadi yang terbaik
dan mungkin aku tak jadi yang sempurna seperti yang didambakan 


aku dah sangka semua akan berlaku, percayalah dengan hati kecil sendiri.


aku rasa kerdil bila di samping dia. aku tak sehebat dan semegah dia.
banyak jurang antara kita yang membuatkan aku rasa diriku sangat terhina.
darjat menjadi ukuran kerana aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa apa.
betapa tak pantasnya aku untuk dia.


yaa,memang itu bukan menjadi ukuran kan? tapi semua itu hanya mulut yang berbicara. hati bagaimana pula?


aku rasa aku memang tak cocok sama dia. aku dapat rasakan. semakin lama semakin kuat:(
ya Allah bantulah hambamu yang buntu.


aku akui aku mungkin tak sama dengan wanita yang hebat di luar sana.tapi percayalah aku juga mempunyai kelebihan yang mungkin tidak di miliki oleh wanita lain.


aku jugak akui aku memang mempunyai kekurangan,
aku mudah merajuk
aku mudah marah 
aku mudah meninggi suara
aku mudah melatah
aku mudah salah sangka
aku mudah cemburu


yaa,itulah aku,aku harap dia faham.
aku akan memperbaiki semua kelakuan aku itu.


tapi bolehkah aku hanya inginkan perhatian dari lelaki yang aku sayang?
boleh tak? walau hanya secebis. walaupon susah sangat kan.


aku marah sekali macam mana pon sedaya upaya aku sorok dari dia.
aku takkan sesakali biarkan dia tahu betapa marahnya aku.
mungkin kadang kadang dia sangkakan gurauan tetapi hakikatnya tidak.
walaupon hati aku yang terluka kerana sikap pendamnya aku.


permintaan terakhir boleh tak awak lebih memahami saya?