assalamualaikum kalian semua:)
may God bless all of you ya dearest<3
semoga terbukalah ia.amin ya rabbal alamin.
apa yang terbukanya cik tantan? hmm. hairan lahh.
okey okey biar aku ceritakan ye. sebenarnya aku teringin sangat sangat dan teramatlah teringin untuk menjadi wanita solehah. dah lama aku impikan perkara nie. tapi aku tiada bimbingan untuk menjadikan ianya realiti. aku perlukan bantuan orang yang arif dalam hal keagamaan, aku rase hidup aku nie dah terlalu banyak dosa yang aku kumpul. aku tak pernah lari dari membuat dosa:(
ya Allah jadikan aku hambamu yang tak pernah ingkar dengan perintahmu. |
ya Allah
betapa jauhnya aku. aku nak berubah,sangat nak berubah dan kembali ke pangkal jalan yang benar.
dulu aku merupakan pelajar sekolah asrama yang berteraskan keagamaan. tapi masa itu aku tak pernah pon nak menghargainya. aku lalai dengan aku sendiri. aku bentak dan marah bila kakak dan abang senior suruh pakai stokin dan tudung labuh. ya Allah betapa menyesalnya aku dengan perbuatan tu:(
sekarang aku berasa berdosa sangat. aku tak tahu kenapa kenangan lalu selalu menghantui aku. adakah Allah memberi aku petunjuk dan hidayahnya kepadaku? aku tak tahu. aku bingung. aku selalu cakap Allah tak bagi aku hidayah lagi untuk berubah. tapi hakikatnya aku yang perlu cari hidayah itu. yaa aku akan mencarinya suatu hari nanti pasti.
aku suka tengok wanita yang menjaga segala tingkah lakunya, amalannya, solatnya, batas pergaulannya serta menjaga auratnya. ya Allah betapa mulianya mereka. aku? aku bila lagi? aku selalu leka dengan duniawi. aku lupa untuk menjaga setiap batas ku, auratku, amalanku, solatku. ya Allah takutnya aku padamu. aku terlalu jauh padamu:( apakah amalanku sudah cukup untuk bertemu mu ya Allah. subhanallah. aku tak yakin dengan apa amalan yang aku lakukan. aku belum bersedia untuk menghadapmu ya rabbi. aku takut. aku nak berubah ya Allah.
perkenankanlah doa hambamu ini. |
sahabat sekalian bimbinglah saya.
tegurlah saya jika saya salah:(
saya ingin mencari keredhaanya yang hakiki.
bolehkah saya berubah? aku tidak pernah putus doa kepadamu ya Allah. |
doakan saya untuk menjadi wanita yang lebih baik di hari yang bakal mendatang.
doakan saya menjadi wanita yang solehah. aminn.
3 comments:
insyaAllah boleh..sme2 lah kite mncri jln yg dredai :)
perubahan kepada yang baik adalah suatu jihad.
musuh utama adalah diri sendiri,
mahu atau tidak?
kita sendiri yang perlu jawab
thanks sangat kawan kawan:) doakan kita semua ke arah kebaikan:)
Post a Comment