Sunday, April 10, 2011

jikalau kita di uji Allah S.W.T

Assalamualaikum kalian..
aku harap kalian semua sejahtera disamping disisi orang yang tersayang,
aminn.

ape perasaan kalian jikalau kalian tahu bahawa kalian tinggal hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi untuk terus hidup bernafas di bumi ciptaan Allah ini..

sedih? sebak? pilu? hiba? atau gembira kerana dapat lari dari semua masalah dan bertemu pada si penciptaNya?

satu hari hujan renyai-renyai.lalu aku berjumpa doktor di klinik kerana berasa sakit lengah lengah badan.dan macam biasalah ianya macam sakit normal lah kan?tetapi apabila doktor selesai melakukan perawatan,doktor kelihatan sangat serious..hmm.kenapa dengan doktor ni?sedangkan aku punyalah takda perasaan.sebab aku dah biasa sakit macam tu.tetiba air wajah doktor berubah.aku pun mulalah bertanya.
doktor apa sakit saya?takada apa apa kan?
doktor hanya diam,dan agak lama untuk memberitahu jawapan sebenarnya.
sebenarnya awak menghidap satu penyakit *tak perlu aku nyatakan disini.kamu hanya mempunyai peluang yang tipis untuk meneruskan kehidupan jikalau kamu tidak melakukan operation dengan secepat mungkin.
Ya Allah! benarkah apa yang aku dengar ni? sepantas itu jugalah air mata aku mengalir seperti derasnya air hujan yang mencurah.
Ya Allah kenapa mesti hambamu ini yang di uji dengan dugaan yang maha hebat ini.
tetapi apakan daya hambamu ini redha dengan ketentuan Ilahi.
sungguh aku berasa sangat hiba.aku tidak pernah memberitahu sesiapa tentang sakit ku ini,terutamanya kepada emakku.apa perasaan beliau jika tahu anaknya ini sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan seharian ini.dapatkah beliau terima kondisi anaknya?dimana emak nak cari duit sebanyak itu untuk sembuhkan aku?dan aku juga yakin tentu emak dan ayah akan bergadai semuanya untuk membiayai kos pembedahan aku,tidak aku tidak sanggup semua itu,segala semua simpanan mereka penting untuk adik beradikku untuk menyambung pelajaran mereka.mereka lebih memerlukannya dari aku.

tidak,aku tidak akan beritahu beliau kerana aku tidak akan membebankan beliau,,maafkan saya emak, saya tak berniat nak rahsiakan semua ini dari pengetahuan emak. maafkan saya emak, saya sangat sayangkan emak sehingga tak sanggup nak membuat emak sedih lantas mengalirkan airmata demi saya;(

sumpah aku sangat sedih,setiap hari aku berdoa di tikar sejadah menghadap yang maha Esa agar aku dapat dipanjangkan umur supaya aku dapat berbakti kepada keluarga ku. aku pernah berjanji akan membawa kedua ibu bapaku untuk menunaikan umrah bersama,adakah aku berkesempatan melakukan semua itu? Ya Allah dengarlah rintih hatiku ini...

siapa yang akan bantu emakku di dapur jika aku sudah tiada?
siapa yang akan membantu menyara perbelanjaan seharian adikku sewaktu menyambung pelajarannya kelak?
siapa yang akan mengusik abang dengan abid sewaktu bermain dota?
siapa nak tolong adik buat kerja sekolah?

siapa? sesungguhnya semua itu adalah tanggungjawab aku.ya Allah betapa pilunya hatiku saat memikirkan semua itu.
Ya Allah sesungguhnya aku takut untuk bertemu mu kerana masih banyak dosaku padamu,amal ibadatku masih tidak cukup untuk dihitung,,aku takut,tersangatlah takut..

aku tak sanggup kehilangan keluargaku Ya Allah.janganlah lagi engkau mengambil nyawaku ini Ya Allah.aku bermohon padamu.
dengarkanlah rintihan hambamu ini..

emak,ayah,abang,adik maafkan kakak jika selama ini kakak pernah buat salah pada semua,sungguh kakak mintak maaf sebab kakak hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan,maafkan kakak.
walau apapon yang terjadi ingatlah tiada siapa yang lebih kakak sayang melainkan kalian.
walau suatu hari nanti kita tak dapat bersama tapi ingatlah walau dimana pon kakak berada kakak sentiasa doakan kebahagian kalian,
jika kakak pergi dulu jagalah emak dan ayah dengan sebaik mungkin,
janganlah di tangisi pemergianku ini.janji ya:)
kakak baik baik saja.
kakak mintak maaf sebab tak dapat nak jalankan tanggungjawab kakak dengan baik,
kakak mintak maaf kerana tak dapat berbakti pada keluarga,serta membantu membela nasib keluarga.
maafkan kakak..........

ingat daku dalam doamu..
kakak.

*mungkin ini juga yang bakal aku lalui jika aku hanya tinggal berapa detik lagi untuk hidup..tetapi aku sentiasa berdoa semoga aku mati dalam keadaan normal dan sebelum aku mati semua impian aku terhadap keluarga akn tercapai.aminn.

alhamdulillah hingga ke hari ini aku masih sihat walafiat.yang di atas ini cuma imiginasi ku.harap maklum.

sehingga ini sahaja.
assalamualaikum..

3 comments:

dokturah mumul =) said...

tantan! jgn wat suspen la!!!!!!!!!!!!!!
cuak aku tau... saje je...
nsb baik ak bce smpai abes....
jgn cmni...

Nazihahnea said...

ngehehe.saje nak wat suspens sikit kan?hehe.lawaklah mumul nie:)
intan sihat sihat je taw mumul.dun worry dear:)

bo cai said...

tips cikit nak nak bagi:

ko wat karangan cikgu midah bagi dlu ek kat blog?(bosan doh)

ko buang la word verification bwah ni...ak dpd smgt nk komen tros blur...