Wednesday, June 19, 2013

D.I.A

Dia..

dia? siapakah dia?
dia bukan siapa siapa
dia bukan Aaron Aziz mahupun Anuar Zain
dia cuma insan biasa
dia tidaklah sehebat mana
dia tidaklah sekacak Zayn Malik
dia cuma biasa biasa yang sedap mata memandang
dia tidak kaya mahupun berharta tetapi mampu untuk menyara diri
dia tidak terlalu tinggi
dia tidak rendah
dia berambut pacak dan lurus
dia bermata sepet seperti apek
dia punya hidung yang comel
dia punya bibir yang sentiasa mengukirkan senyuman
dia punya pipi yang tembam sekali pandang kerana tulang pipi yang tinggi
dia punya bentuk muka yang menarik
dia punya susuk tubuh yang sasa
dia punya lengan yang penuh dengan muscle
dia punya jari yang runcing persis seorang wanita

Dia..

dia seorang yang baik
dia seorang yang lemah lembut
dia seorang yang kelakar
dia seorang yang penyayang
dia seorang yang penyabar
dia seorang yang setia

Jadi Dia adalah Dia
Dia yang ku pilih.
MSMJ The Volta.