Saturday, May 12, 2012

tentang lelaki.


assalamualakum:)

aku nak cakap pasal lelaki. okay kalau anda 'pengskodeng' lelaki sila jangan marah sebab aku hanya nak suarakan pendapat aku sahaja:) so chill lahh dude!

sebenarnya aku adalah manusia yang paling tak faham dengan lelaki, almaklumlah aku hanya berkawan dengan kawan perempuan je *aku bukan lesbian okay!

bagi aku lelaki nie sangat EGO! yelah semua nak menang sahaja. habistu macam mana dengan kaum wanita pulak? so kena ikotlah ye ke'EGO'an anda tu? bagi aku, aku juga mempunyai EGO aku sendiri. aku tidak sewenang wenangnya nak ikot rentak lelaki. ohhh no no no saya bukan kuli anda ye:)
kalau aku cakap aku tak nak aku tak suka itu bermakna aku serious tak suka, so jangan harap saya nak cakap okayyy 'kitewww sukeeewww' phewwww=.='






situasi yang membuatkan aku benci lelaki =

-bila dah janji nak keluar pastu last last boleh cakap 'sorry awak kereta saya rosak, kucing saya nak bersalin, minyak motor/kereta habis' what? dannggg! so typical dude!


-bila keluar dengan gf dia pergi mall pastu boleh tengok perempuan lain pastu siap cakap 'u lawakkan perempuan tu?' okay fine memang sentaplah kan hati gf kau kat sebelah! memang layak dapat kaki *kejam


-lelaki lebih mementingkan kawan kawannya dari gf die. okay tak jadi masalah pon sebab memang kawan kau pon nak jaga kau kalau sakit melainkan gf die nurse :) ehemmm #aceceehh puji diri jap:P masalahnya bila si bf nie nak lepak dengan kengkawan die perlu ke bawak gf dia? then kau bukan nak layan pon gf kau kan. memang menonong lah gf kau tu=.=' haa, ape motif kau bawak gf kau? kau nak tayang gf kau yang lawa tu kat member kau lah ye? dangg again!


-kau cakap kredit kau habis kat gf kau sebab tu tak boleh nak text dan call gf kau. okayyy. tapi kau call member kau yang perempuan sampai habis lebam kredit kau boleh pulak? hampehh lah kau!


-kalau kau call gf kau tak sampai satu minit kau cakap okeylah ade hal lah, nak keluarlah, dah tak tahu nak cakap ape. tapi kalau kau call member perempuan kau banyak pulak idea kau kan? haishhlaaa. siap habis RM10 kau bergayut macam tarzan.


-bf selalu cakap kat gf ' i nak u pandai masak pandai buat cake, rajin, cantik cantik dan selalu senyum. kau cakap bukan main sampai buat list. kau tu sebagai lelaki ingat tak payah pandai masak ke? tak payah nak rajin? kau tahu arah gf kau jekaann  malang gf kau! kau tahu tak gf kau tak kisah pon kalau kau takde kereta kau tak hengsemm macam aaron aziz pon. kau lelaki je yang demand nak yang perfect! menchiiinyaa!


-'u dah gemoklahh i tengok so u kene kuruskan badan' well hello! kau tu yang perut macam tong dram tak sedar diri suruh gf kau diet pulak. so kalau gf kau gemok kau taknak lah? ehh boleh pergi main jauh jauh lah bf macam kau. tak layak buat laki pon.






kalau aku dah lama angkat kaki then said goodbye! tak sior teman dapat bf macam u.

nie aku jumpa fakta tentang lelaki--------->
*tak semua aku percaya hanya 5% je boleh pakai bagi diri aku lahhh. korang aku taktaw.

1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”

7. Lelaki tak suka perempuan gedik!

8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.

10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

Sertai permainan khas buat golongan yang takde plan waktu cuti Deepavali!

12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”

14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.

17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.

18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.

20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.

22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

bye! jangan nak sentap sangat dah baca, entry nie umum:)
kalau nak sentap sangat aku bagi pang baruuu taw. ehehe. tak tak saya sangat baik taw.. hehe




assalamualaikum.

No comments: