Sunday, February 19, 2012

kenapa mesti aku lalui semua nie?

tadi petang bangun tidur terus teringatkan dia. kenapa mesti aku ingat dia?

kenapa susah sangat aku nak lupakan dia, sedangkan dia? aku terus dicampak begitu saja tanpa sebarang khabar atau penjelasan. aku tercari dimanakah salah aku? salah aku apa? aku nak tahu. at least aku sempat minta maaf. tapi aku langsung tak diberi peluang itu hingga ke hari ini. tolonglah bagitahu aku, aku tak tenang di sini aku cuma mahukan penjelasan dari mulut dia bukan dari mulut orang lain. kenapa sebegitu mudah aku dipersendakan? mana janji janji dia untuk terus berhubungan walau apa yang berlaku. ya Allah mengapa sehingga ke hari ini memori persahabatan kami masih bermain main dimindaku? sedangkan bagi dia semua itu hanyalah satu persinggahan yang sementara dan harus dilupuskan :( mungkin aku terlalu mengharap padanya sedangkan aku tahu aku tak mungkin memilikinya kerana dia milik orang lain. tetapi dia pernah berjanji tidak akan lupakan aku walau apa yang berlaku dan sentiasa akan berhubungan denganku. tetapi janji tinggal janji. hati ini yang sakit tak siapa tahu....

setiap gurau sendanya berputar ligat diminda ku. aku terganggu dengan semua tu. andainya engkau tahu perasaan ku. andainyaaaa. mungkin dia sudah tidak mempedulikan aku, tetapi percayalah walaupun berjuta kali hati ini mengatakan benci padanya namun terselit sedikit rasa kasih dan sayangku padanya. walaupon pahit untuk dikenang tetapi itulah realitinya aku masih memikrkanmu. tolonglah aku merayu berikanlah aku penjelasan terakhir sebelum kamu pergi meninggalkan aku untuk selamanya, aku sentiasa berdoa kamu akan memberikan penjelasan walaupon sepatah, cuma itu yang aku mahukan:( katakanlah kamu membenci aku supaya aku dapat menerima hakikat yang aku sudah kehilanganmu dan semua kenangan akan ku semat rapi jauh di lubuk hati.dan aku berjanji tidak akan tercari cari dimana kamu lagi:(
tolonglaaaaa aku merayu, berilah aku penjelasan itu:(



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



No comments: