Tuesday, October 19, 2010

aku rindu setengah mati kepadamu.sungguh aku rindu..

adakah lumrah perasaan untuk cinta dicintai?
adakah perasaan ingin dikasihi merupakan satu lumrah?
aku sendiri tak tahu jawapan bagi soalan tu.aku sendiri masih tercari cari jawapan bagi semua soalan tu.makin aku mencari jawapan tu semakin aku tak jumpa dengan apa yang aku cari.entahlah... aku sendiri tak faham dengan lumrah kehidupan ini.mungkin aku terlalu muda dan mentah untuk mengerti erti kehidupan sebenar..tapi sebagai manusia kita akan terus mencari dan mencari kerana sifat ingin mengetahui itu merupakan satu sifat semulajadi..aku sama seperti semua wanita wanita di luar sana.aku ingin mencari cinta sejati aku.
adakah cinta sejati itu wujud?
adakah cinta sejati itu suci?
adakah perasaan cinta itu indah umpama kita seperti berada di awanan?
semua itu kerap bermain di benak fikiran ku.kusut fikiran ku bila aku fikirkan.aku rasa boleh jadi gila dibuatnya.aku..sebenarnya telah lama menyukai dan mencintai seorang jejaka ini.aku mengenalinya semenjak aku di zaman menengah lagi.kali pertama mata aku bertaut denganya aku dapat rasakan ade kelainan dan ade sesuatu yang pelik jauh di sudut hati aku.tanpa aku sedari semakin hari semakin aku merinduinya.masa semakin berlalu.tapi sedikit pun aku tak pernah melupakan si dia walau sekelumit pun.benar aku sangat mencintai si dia..hari hari aku akan mendoakan untuk si dia.walaupun si dia tak pernah mengetahuinya dan tidak sesekali pun aku akan benarkan si dia mengetahui perasaan hatiku,bukan kerana apa.aku takut hati aku yang akan terluka teruk nanti.aku tak sanggup semua tu.biarlah aku saja yang mengetahui semua ini.kerana aku tahu dia bukanlah untuk aku.aku tak pantas untuk die.umpama langit dengan bumi.jauh perbezaan antara aku dengan dia.walau jarak dan tempat memisahkan aku dengan si dia aku tak pernah berhenti untuk mencintai dia.sungguh aku tidak tipu pada diri aku sendiri..Tuhan tolonglah pelihara perasaan aku ini.aku sangat mencintai dia sehingga sekarang walaupun aku tahu aku cuma bertepuk sebelah tangan.aku berharap sangat jodoh aku dipertemukan dengan si dia.Aminn Ya Allah..semoga suatu hari nanti si dia akan mengerti semua isi hatiku.
aku cuma ingin dia tahu:
aku sangat sayangkan dia
dalam hatiku cuma terukir nama si dia
aku suka sangat nak tahu apa yang dia buat
aku suka sangat apa yang si dia suka
aku suka nak ambil tahu pasal dia
aku suka sangat nak sentiasa di sisi dia walaupun senang mahupun susah
aku suka sangat nak si dia sentiasa tersenyum dan gembira
aku sangat tengok dia bahagia bersama dengan orang yang dia sayang(walaupun aku tak termasuk :(
aku suka sangat semua benda pasal dia.sumpah aku tak tipu.
aku rindu setengah mati kepadamu.sungguh aku rindu..

No comments: