May Allah bless us. Aminn.
sekian lama tak buat entry baru hari ini terdetik nak buat entry baru.
entry kali nie mungkin tak semenarik fairy tales or action movie, but this is what have been disturbing me for many times. seriously i can't handle it anymore....
Sebenarnya saya tak tahu what happened to me. seriously i have no idea. tapi yang pasti ianya sangat mengganggu setiap hari hari saya. mungkin saya terlalu kecil dan mentah untuk fikirkan semua ini. yaaa benar semua itu. kadang kadang dalam masa saya ceria saya boleh jadi moody dalam sekelip mata. kenapa dengan hambamu ini ya Allah?
Senang cerita saya mudah berjauh hati dengan orang.saya lebih gemar berdiam diri dari berkata kata sejak akhir akhir ini.saya tak tahu kenapa tapi saya rasa dengan berdiam diri saya lebih tenang kerana saya takut bila saya berkata kata saya akan mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati insan lain.biarlah saya yang terasa dan berjauh hati dengan insan asalkan mereka tidak merasainya.sakitnya hanya Allah yang tahu.tapi tidak mengapa kerana apabila saya bersedih pasti akan ada yang sentiasa mendengarnya tanpa pernah mengeluh atau jemu. Terima kasih ya Allah kerana sentiasa menjadi pendengar segala luahan hati hambamu yang kerdil ini.saya tak tahu mengapa susah sangat nak mencari kawan yang ada bersama ketika dikala kesedihan,tetapi yang saya perhatikan lebih banyak kawan apabila kita gembira,ketawa dan mempunyai harta.adakah itu menjadi ukurannya untuk menjalinkan sebuah persahabatan? saya masih tertanya tanya..
saya bingung mengapa sukar untuk membina persahabatan yang begitu indah.saya teringin sangat untuk merasainya,malangnya saya sentiasa gagal untuk mendapatkannya.ya Allah apa salah saya apa kurang saya hinggakan susah bagi saya untuk mendapatkan sahabat sejati. mengapa ya Allah.. saya tak nafikan saya ada sahabat yang saya rapat tapi semuanya nampak baik dari luaran,ini bukan tuduhan tapi ini kenyataan.sumpah saya akui seringkali saya terasa hati dengan mereka..apabila saya tersa hati saya lebih gemar menjauhkan seta mendiamkan diri untuk merawat hati saya. saya minta maaf sangat sangat terkadang anda nampak saya seperti sombong tidak mahu berbual dan bergaul tetapi hakikatnya saya telah memilih untuk mendiamkan diri kerana saya tidak sanggup untuk merasa lebih kesakitan.saya minta maaf.benar kata kata yang ada mengatakan 'kalau kita buat jahat dan buruk pasti ramai yang membenci kita, tetapi kalau kita berbuat baik sekalimana pon pasti jua akan ada yang membenci kita' sekarang saya percaya dengan kata kata itu. walaubagaimanapun saya memilih untuk meneruskan perkara baik, biarlah kita dibenci orang dengan melakukan perkara yang baik kerana sesungguhnya saya mencari keredhaan Allah.
ya Allah dikala hambamu ini kesedihan dan hilang arah tuju tiada seorang pun insan lain yang mempedulikan hamba, tiada ya Allah hanya padamu tempat hamba mengadu semuanya hanya padamu ya Allah.mungkin selama ini saya boleh tersenyum disaat saya mempunyai masalah,tetapi percayalah saya tidak kuat sepenuhnya untuk sentiasa tersenyum lagi selepas ini...
ya Allah bantulah hambamu ini untuk menjadi seorang wanita dan anak yang solehah ya Allah.
hambamu ini ingin sekali untuk berubah,sesungguhnya hambamu ini terlalu banyak melakukan dosa padamu hingga hambamu ini tidak pernah lari dengan ujian ujian dari mu ya Allah. bantulah hambamu ini ya Allah sesungguhnya hanya padamu ku meminta pertolongan.
1 comment:
Sabaq noh Intan, aku sentiasa ada ja nak support hang. Hang jgn lupa pulak geng Mutiara 2 SPM ni hah. Geng roti butterscotch bakor.
Post a Comment