Wednesday, September 4, 2013

Saya...

Assalamualaikum..

Saya....

Saya ingin menjadi yang halal dan sah untuk awak..
Saya ingin mendengar saat lafaz akad dibacakan..
Saya ingin menjadi isteri yang terbaik untuk awak..
Saya ingin menjadi teman rapat awak..
Saya ingin menjadi hati awak..
Saya ingin bintang hati awak..
Saya ingin menjaga awak..
Saya ingin menjaga makan minum dan pakaian awak..
Saya ingin menjadi lirik bagi setiap lagu yang awak mainkan..
Saya ingin menjaga awak semampu saya..
Saya ingin menjadi suri di hati awak..
Saya ingin sediakan makanan yang sedap untuk awak..
Saya ingin sehidup semati dengan awak..
Saya ingin hidup bahagia bersama awak..
Saya ingin sehidup semati dengan awak..
Saya ingin jaga awak bila awak sakit..
Saya ingin lihat muka awak setiap kali mahu tidur.
Saya ingin apabila saya bangun waktu pagi awak ade di sebelah saya..
Saya ingin awak menjadi yang pertama dan terakhir untuk saya.
Saya ingin menjadi orang pertama yang tahu setiap berita dari awak..
Saya ingin awak menjadi imam disetiap solat saya..
Saya ingin awak menjadi bapa kepada anak anak saya kelak..
Saya ingin awak menjadi idola kepada saya dan anak anak nanti..
Saya ingin akan sebuah keluarga yang pernuh sakinah mawadah dan rahmah bersama awak..
Saya ingin habiskan sisa sisa hidup saya bersama awak..
Saya ingin selalu ada di samping awak..

Saya ingin semua ituu..

Semua keinginan ini harus bermula dengan satu..

Saya ingin awak menikahi saya..

Mohon Allah permudahkan. Aminnn

Fitrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur sangat sangat apa yang diharapkan selama ini sudah menjadi kenyataan.
tak tahu nak cakap macamana tapi seronok sangat. mohon sangat Allah SWT permudahkan semuanya.
satu benda yang saya pasti saya mengalami satu fitrah yang Allah SWT ciptakan untuk setiap hambanya, dan saya akui saya tak dapat nak elak atau lari mahupun sembunyi dari fitrah itu, mungkin saya masih muda unyuk melalui semua ini tetapi saya yakin disebalik semua ini pasti ada perancangannya.
21 tahun sudah cukup dewasa bagi saya untuk menentukan kehidupan sendiri, malah wujud dan timbul lah fitrah untuk mencintai dan dicintai, saling melengkapi antara satu sama lain, Allah SWT ciptakan kaum hawa untuk dipasangkan dengan kaum adam. Ianya fitrah untuk rasa mencintai sesama kita, tapi cinta yang suci adalah mencintai seseorang itu atas kerana Allah dan bagi mencari keredhaaNnya.
saya mohon jangan pernah ada salah anggap apabila umur seperti saya tidak layak bergelar isteri kerana umur bukanlah penghalang yang penting persediaan mental dan fizikal bagi menempuh bahtera alam rumahtangga.